Hi! Welcome Back and Stay Tune! Agenda Tersirat DAP Bukan Lagi Rahsia - Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Agenda Tersirat DAP Bukan Lagi Rahsia - Najib



PEKAN: Datuk Seri Najib Razak menegaskan DAP mempunyai agenda tersirat termasuk 'memperkudakan' Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kepentingan politik pemimpin mereka.

Perdana Menteri berkata, parti DAP tidak akan membantu rakyat, terutama orang Melayu jika memperoleh kuasa memerintah negara dan akan melaksanakan dasar sosialisme kerana agenda parti itu bukan lagi rahsia.

"Kita tidak payahlah mengharapkan DAP membantu rakyat kalau mereka menjadi kerajaan... parti itu (DAP) mempunyai agenda rahsia dan kita tahu jika menang, mereka akan menamatkan legasi peninggalan pemimpin terdahulu.

"Kalau kita dengar ucapan pemimpin mereka (DAP) seperti (Pengerusi DAP Perak), Nga Kor Ming, secara jelas mereka menggunakan Dr Mahathir untuk memperoleh kuasa dan menyatakan Dr Mahathir tidak mempunyai masa yang banyak," katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Veteran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Parlimen Pekan di perkarangan Seri Kenangan, dekat sini, pagi tadi.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Ishak Mohamad dan calon bagi kerusi DUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali.

Kira-kira 600 veteran NGO hadir pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Najib meminta semua ahli NGO veteran untuk terus bersama dengan kerajaan bagi memastikan perancangan untuk masa depan generasi akan datang dapat diteruskan.

"Sokongan sejak 42 tahun lalu terhadap saya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah bukti jelas kita semua mahukan kesinambungan pembangunan dinikmati ketika ini dapat diteruskan.

"Walaupun penat, tetapi sokongan veteran ini menjadikan saya lebih bersemangat meneruskan tugas diamanahkan... kehebatan ini (kemajuan) adalah kerana usaha kita (UMNO)... kita sudah letakkan asas kukuh dan kini kita perlu pastikan kesinambungan (perjuangan) ini diteruskan untuk masa depan negara yang lebih gemilang," katanya. - BH


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FS0rW8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.