Hi! Welcome Back and Stay Tune! Undi Pakatan, Kempunan BR1M - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Undi Pakatan, Kempunan BR1M


BR1M mula dilaksanakan pada 2012, dan sehingga sekarang, kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan telah menerima manfaatnya.

Pemberian BR1M juga diakui tidak meningkatkan kadar defisit negara walaupun jumlah penerima dan nilai bantuan itu meningkat setiap tahun. Ini berikutan program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan menghapuskan subsidi pukal yang hanya menguntungkan orang kaya berbanding mereka yang lebih memerlukan.

Pakatan dalam manifesto untuk PRU14, turut menjadikan BR1M sebagai antara perkara yang akan dilaksanakan mereka. Bagaimanapun, berbeza dengan BN yang berjanji untuk menaikkan kadar BR1M dari RM 1,200 kepada RM 2,000 setahun, Pakatan pula tidak langsung menyatakan berapa jumlah BR1M yang akan diberikan mereka.

Sehingga hari terakhir dalam tempoh berkempen PRU14 ini pakatan pembangkang masih tidak umumkan berapa jumlah BR1M yang akan dibayar kepada rakyat dan siapa yang akan layak menerimanya. Sebaliknya, pelbagai tomahan dan hinaan dilempar terhadap penerima BR1M, merujuk kenyataan anak kepada Mahathir, Mokhzani.

Mokhzani dalam satu ceramah Pakatan di Felda Sungai Tiang baru-baru ini dipetik sebagai berkata apa yang nak dibanggakan dengan menerima BR1M. Ya, Mokhzani disenaraikan sebagai Melayu ke 9 terkaya dan berada di kedudukan 43 terkaya di Malaysia

Tidak cukup dengan menghina penerima BR1M, Mokhzani turut bangga dengan kekayaan yang dinikmati dengan berkata, “Kita boleh berbangga dan menjadi seperti juara apabila kita sudah kaya. Kita boleh merasa hebat dengan wang hasil susah payah kita sendiri.

“Itulah yang penting. Ia bukan mengenai orang memberi kita wang supaya kita dapat terus hidup. Itu bukan sesuatu yang bagus.

“Kita boleh merasa bangga apabila kita dapat memastikan kehidupan kita boleh disara dan kita boleh menyara keluarga kita sendiri,” katanya.

Semua itu memberi isyarat jelas bahawa BR1M tidak akan diteruskan jika pakatan pembangkang menang. Lagipun Mahathir, sehingga awal 2018, sudah lebih 100 kali berkata BR1M adalah satu bentuk rasuah dan penerimanya juga adalah penerima rasuah.

BR1M akan menjadi seperti janji menghapuskan tol secara berperingkat yang sudah disahkan Mahathir sebagai antara janji yang tidak akan dilaksanakan kalua Pakatan Harapan memerintah negara ini.

Nyata, BR1M hanya alat untuk Mahathir meraih undi. Sebaik undi itu diperolehi, BR1M akan hilang dari agendanya. Mahathir akan menjadi terlalu sibuk mencapai agenda sebenarnya kembali dari persaraan untuk mengetuai negara ini semula – menjadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Beruang Biru
BB908 Selasa
8 May 2018


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FT6VDW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.