Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elektrik Dijamin Stabil Semasa PRU-14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elektrik Dijamin Stabil Semasa PRU-14



PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah melaksanakan persiapan rapi bagi memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjalan lancar tanpa insiden gangguan bekalan elektrik.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada insiden gangguan elektrik yang boleh menjejaskan kelancaran perjalanan pilihan raya bermula hari penamaan calon 28 April lalu sehingga esok.

“Malah, TNB telah memberi jaminan bahawa mereka akan bekerja sepanjang masa untuk memastikan kestabilan bekalan elektrik sepanjang tempoh pilihan raya ini.

“Kakitangan teknikal TNB juga telah bersedia untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan semasa pilihan raya umum dan bilik gerakan khas untuk PRU-14 telah diaktifkan di setiap negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada pelan sokongan, TNB telah menyediakan 189 set penjana mudah alih dengan kos berjumlah RM6.1 juta yang telah ditempatkan di semua pusat penamaan calon, pengundian dan pengiraan undi.

Beliau berkata, itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan untuk mengawal insiden-insiden tidak diingini.

“Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pusat sehenti TNB menerusi Facebook, TNB CareLine atau dengan menghubungi 15454 untuk sebarang aduan dan maklum balas,” katanya. - UTUSAN ONLINE



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FV3CMx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.