Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Pusat Faham, Prihatin Aspirasi Rakyat Sarawak - Abang Jo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Pusat Faham, Prihatin Aspirasi Rakyat Sarawak - Abang Jo



KUCHING – Kestabilan politik dan perpaduan Sarawak yang dinikmati sejak beberapa tahun lepas membolehkan ia berjuang serta mendapatkan kembali beberapa hak negeri menerusi Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang semakin terhakis pada masa lampau.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kesinambungan kestabilan politik dan perpaduan membolehkan Sarawak bergerak lebih jauh lagi dalam usaha mendapatkan semula hak-haknya, di samping meningkatkan proses penurunan kuasa kepada Sarawak.

Beliau berkata Sarawak menerima begitu banyak manfaat daripada Kerajaan Persekutuan, yang boleh dijadikan sebagai testimoni bagaimana Kerajaan Persekutuan memahami dan prihatin dengan aspirasi rakyat Sarawak.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, perkara inilah yang amat penting untuk kita di Sarawak. Justeru, esok marilah kita semua mengundi untuk terus membaiki kualiti hidup rakyat Sarawak,” katanya menerusi amanat yang disebarkan kepada rakyat seluruh negeri, di sini hari ini.

Katanya rakyat Sarawak perlu keluar mengundi untuk terus mempertahankan hak Sarawak serta memelihara keharmonian dan perpaduan negeri.

“Pilihan yang anda lakukan pada peti undi esok akan menentukan bagaimana Sarawak bakal membangun dalam tempoh beberapa tahun akan datang, dalam dunia yang lebih bersifat global dan bersaing hebat, yang mana teknologi lebih berperanan penting,” katanya. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FUtGaN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.