Salleh Gesa Pengundi Keluar Mengundi Esok
KUALA LUMPUR – Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menggesa semua pengundi yang layak supaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 esok.
Beliau berkata bentuk nasionalisme yang paling tulen adalah melaksanakan perkara demi kepentingan negara dan esok, rakyat Malaysia boleh melakukannya dengan keluar mengundi untuk menentukan masa depan negara.
“Selama lima tahun rakyat Malaysia mendengar daripada dua belah pihak pelbagai cerita, sebahagian besar daripadanya adalah pembohongan serta penuh sindirian dan esok, tibalah harinya rakyat Malaysia harus menentukan lima tahun akan datang dan mengundi untuk kesinambungan,” katanya dalam mesej Twitter. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jK46gd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment