Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemerhati Antarabangsa Bukti Ketelusan Pilihan Raya Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemerhati Antarabangsa Bukti Ketelusan Pilihan Raya Malaysia


PUTRAJAYA – Kehadiran pemerhati antarabangsa bagi memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung esok membuktikan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood.

Beliau berkata seramai 25 orang pemerhati antarabangsa yang dijemput dari sembilan negara iaitu Azerbaijan, India, Indonesia, Kemboja, Kyrgyztan, Maldives, Pakistan, Thailand dan Uzbekistan, mempunyai pengalaman dalam proses pilihan raya di negara masing-masing.

“Di samping membuktikan proses pilihan raya yang telus, kehadiran kesemua pemerhati antarabangsa ini memberi input kepada pihak SPR bagi menambah baik proses pilihan raya negara kita pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di Pusat Penjumlahan Undi Parlimen Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 9, di sini hari ini.

Terdahulu, Othman bersama sebahagian daripada pemerhati antarabangsa terbabit meninjau pusat tersebut dan menyaksikan proses semakan peti undi.

Menurutnya kesemua pemerhati tersebut akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan sebelum dibawa ke pusat pengundian di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan esok bagi memantau proses pengundian PRU14.

Sementara itu,Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, Arief Budiman yang akan memerhati proses pengundian di Negeri Sembilan esok berkata beliau berharap pilihan raya esok akan berjalan dengan lancar dan telus.

“Saya berharap pilihan raya Malaysia berkualiti dan akan mendapat kepimpinan yang sangat berkualiti” katanya.

Ketua Sekretariat Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Azerbaijan, Rovzat Gasimov berharap pengundi Malaysia akan melaksanakan hak mereka untuk mengundi bagi memilih pentadbiran negara.

“Bagi sesebuah pilihan raya , paling utama ialah pengundi keluar mengundi. Jadi, semoga rakyat Malaysia akan ke pusat pengundian esok bagi membuang undi mereka,” katanya.. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FUtWqh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.