Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPR Guna Helikopter Hantar Peti Undi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPR Guna Helikopter Hantar Peti Undi

Foto Roselan Ab Malek

JERANTUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan perkhidmatan helikopter untuk membawa peti undi dari kawasan pedalaman Ulu Tembeling iaitu di Kampung Bantal, Mat Daling, Kuala Sat, Gusai dan Kampung Pagi kerana jarak perjalanan yang jauh.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Jerantut, Datuk Tengku Nur Asmaliza Ku Lah berkata, semua petugas pilihan raya di kawasan berkenaan sudah diberi taklimat dan mereka turut menyemak peralatan yang akan digunakan di pusat mengundi.

Beliau berkata, seramai 1,300 petugas SPR dan anggota polis kawasan Parlimen Jerantut membuat persiapan terakhir sebelum hari mengundi esok.

"Kita panggil semua petugas hari ini untuk memberi penerangan yang jelas supaya tidak ada masalah yang akan timbul pada hari esok.

"Mereka juga diminta menyemak peralatan dan segala kelengkapan yang diperlukan sebelum dibawa ke pusat mengundi bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar," katanya ketika ditemui NSTP, di Dewan Majlis Daerah Jerantut (MDJ), di sini hari ini.

Beliau berkata, dianggarkan kira-kira 63,000 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Jerantut akan keluar mengundi di 54 pusat mengundi bagi memilih wakil rakyat di kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Nur Asmaliza juga menasihatkan orang ramai agar keluar mengundi awal dan berharap proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.- BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jK4rQ1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.