Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kajian:Golongan darah O lebih banyak mati dalam kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kajian:Golongan darah O lebih banyak mati dalam kemalangan

Kajian:Golongan darah O lebih banyak mati dalam kemalangan|Satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Critical Care baru-baru ini telah mendedahkan bahawa individu yang berdarah O mempunyai kaitan dengan kadar kematian yang tinggi dalam kemalangan.

Menurut Science Daily, kajian tersebut melibatkan 901 orang pesakit kemalangan dalam unit penjagaan kecemasan di Jepun antara tahun 2013 hingga 2017. Para pengkaji telah diberi kebenaran untuk memeriksa rekod kesihatan dan perubatan pesakit untuk tujuan pengumpulan maklumat.

Para pengkaji itu yang terdiri daripada kakitangan Pusat Perubatan Tokyo dan Hospital Pergigian Universiti, telah menemui bahawa pesakit kemalangan kritikal berdarah O mempunyai peratusan kematian sebanyak 28%, berbanding dengan pesakit yang mempunyai jenis darah berbeza hanya mempunyai peratusan sebanyak 11% sahaja.

“Kajian terbaru ini menemui bahawa darah jenis O adalah faktor risiko kepada haemorrhage, iaitu pendarahan dalam kuantiti yang banyak. Kehilangan darah yang banyak akan menyebabkan kematian kepada pesakit yang mengalami kemalangan.

Numun kajian mengenai hubungkait antara jenis darah dan risiko kematian akibat kemalangan agak jarang dilakukan. Pihak kami mahu menguji hipotesis adakah kelangsungan trauma Kemalangan dipengaruhi oleh perbezaan dalam jenis darah”, kata Dr. Wataru Takayama.

Oleh yang demikian, pasukan penyelidik berkenaan menjalankan kajian dan menemukan pesakit yang berdarah O mempunyai tahap faktor von Willebrand yang rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai jenis darah yang lain. Untuk pengetahuan anda, faktor Von Willebrand merupakan agen pembekuan darah yang membantu menghentikan pendarahan apabila pesakit mengalami insiden kemalangan

Mereka percaya bahawa kadar faktor Von Willebrand yang rendah akan menyebabkan pesakit kehilangan lebih banyak darah dan agak sukar untuk menghentikan pendarahan.

The post Kajian:Golongan darah O lebih banyak mati dalam kemalangan appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rxL54X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.