SUPP Sediakan 'Blueprint' Untuk Perjuang Nasib Komuniti Cina
Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian menegaskan partinya telah merangka ‘Blueprint’ khusus untuk memperjuangkan nasib komuniti Cina di negeri ini dan hanya dapat dilakukan sekiranya kaum Cina memberi mandat kepada SUPP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.
Memetik laporan Utusan Borneo, Dr Sim berkata kepimpinan baharu SUPP begitu komited memperjuangkan hak kaum Cina untuk mewakili suara kaum itu di peringkat persekutuan.
“Kita sebagai rakyat Sarawak sepatutnya bersatu untuk memperjuangkan hak Sarawak dan kita tidak mahu hanya Bumiputera yang melakukannya, kita mahu orang Cina juga harus turut serta supaya Sarawak mempunyai suara yang kuat,” katanya.
Sementara itu, Dr Sim turut mengingatkan pengundi Cina agar tidak lagi terpengaruh dengan strategi DAP yang sering mengaitkan kesilapan SUPP yang lalu.
“Saya tidak tahu situasi semasa kepimpinan terdahulu dan tidak dapat menjelaskannya, namun saya memohon maaf dengan apa yang sudah berlaku.
“Kami adalah barisan kepimpinan baharu SUPP dan kami akan membuat perkara yang betul. Saya tidak akan hilang dan lari, tetapi akan penuhi segala janji saya,” ujarnya. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KLbzI8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment