Tindakan kawalan kerosakan DAP menyebabkan lebih banyak kerosakan
Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 8 Mei 2018
DAP nampaknya tidak yakin dengan simbol PKR, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Salleh Keruak menambah:
"Lim Kit Siang sedang dalam dilema kerana orang Cina tidak memberi tindak balas yang positif kepada simbol PKR seperti yang beliau harapkan dan nampaknya terdapat sedikit tentangan. Beliau sepatutnya mendengar kata Chen Man Hin dan bukannya kata Mahathir dalam pemilihan simbol parti kerana penyokong DAP lebih biasa dengan simbol Roket.
Kini DAP cuba untuk membuat kawalan kerosakan dengan memaparkan kedua-dua simbol PKR dan juga simbol roket DAP supaya mereka boleh menenangkan penyokong Cina mereka dan juga memenangi hati pembangkang Melayu. Kit Siang berharap mereka boleh mengekalkan sokongan Cina mereka dan pada masa yang sama memenangi sokongan orang Melayu, yang merupakan satu jenis penipuan dan menunjukkan bahawa DAP tidak yakin dengan simbol PKR.
DAP ingat mereka bertindak bijak dengan bersembunyi di sebalik simbol PKR. Dan apabila itu telah mengecewakan orang Cina, mereka kini membawa kembali simbol roket sementara tidak mahu membuang simbol PKR. Dan tindakan ini menyebabkan keadaan lebih kucar-kacir untuk DAP."
Membuang logo roket DAP dan memilih untuk menggunakan logo mata lebam PKR setakat ini adalah kesilapan terbesar dan paling serius yang pernah dibuat Lim Kit Siang dalam karier politik separuh abadnya dan Salleh Keruak begitu tepat dalam kenyataannya di atas.
Alasan DAP menggunakan simbol PKR adalah untuk mencetuskan Tsunami Melayu. DAP merasakan ia telah mendapat 95% undi Cina dan apa yang diperlukannya hanyalah 50% undi Melayu untuk menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan persekutuan. Tetapi tindakan itu menyebabkan pakatan pembangkang turun kepada kurang daripada 70% undi dari kaum Cina dan bukannya mendapat 50% undi Melayu.
DAP kini sedang berusaha melakukan kawalan kerosakan dengan menggunakan kedua-dua logo roket dan logo mata lebam PKR pada masa yang sama. Tetapi kerosakan itu telah dilakukan, dan dengan mulut lancang Nga Kor Ming dan Superman Hew Kuan Yau, DAP boleh melupakan sahaja undi Melayu.
Semuanya seolah-olah tidak kena bagi DAP beberapa hari kebelakangan ini. Simbol mata lebam PKR ditolak oleh orang Cina. Orang Melayu marah kerana PKR telah dijual kepada DAP. Penceramah bintang DAP membuat tindakan yang memakan diri mereka sendiri. Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin kalah di Langkawi. Anak lelakinya, Mukhriz, sudah kalah sebelum undi dibuang atau dikira di Jerlun.
Lebih penting lagi ialah hakikat bahawa Mahathir mempersembahkan dirinya sebagai pemimpin negara tetapi beliau tidak pun pergi melawat Sabah dan Sarawak. Menurut Mahathir, Sabah dan Sarawak adalah 'simpanan tetap' Barisan Nasional dan pakatan pembangkang akan merampasnya dari BN. Jika begitu, mengapa Mahathir mengabaikan Sabah dan Sarawak? Dan kenapa DAP seluruh Malaysia bertanding PRU14 di bawah simbol PKR tetapi di Sabah dan Sarawak mereka menggunakan simbol roket itu?
Ini kerana rakyat Sabah dan Sarawak tidak mahu melihat Mahathir atau PKR di negeri mereka jadi DAP perlu memastikan Mahathir dan PKR tidak dilihat di Sabah dan Sarawak.
Dan inilah sebabnya mengapa Kit Siang dan DAP berada dalam keadaan panik dan huru hara. Pakatan pembangkang itu akan mendapat prestasi paling buruknya sejak 2004. Dan The Third Force telah melakukan analisis terperinci dan saintifik tentang apa yang boleh dijangkakan dalam 48 jam dari sekarang seperti berikut:
https://ift.tt/2jF214X
Kit Siang mesti berasa seperti mahu terjun dari tingkat teratas Komtar, dan seperti yang dikatakan Nga, pergi bermain mah jong di syurga dengan Lee Kuan Yew.
Link asal artikel:
https://ift.tt/2FUtubz
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KGQbU6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment