Berjuang Habis-Habisan Di Hari Terakhir Kempen
SIMUNJAN - Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Parlimen Batang Sadong diminta berjuang habis-habisan bagi mendekati para pengundi termasuk di kawasan ‘kelabu’ memasuki hari terakhir berkempen hari ini.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jentera tersebut tidak harus mengambil sikap tidak peduli terhadap pengundi ‘kelabu’ di situ, sebaliknya terus berusaha meraih sokongan mereka.
Katanya, setiap undi amat penting bagi menjamin kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Apa yang penting pada hari pengundian esok, jentera PBB di sini harus memastikan semua pengundi berdaftar di kawasan ini turun mengundi.
“Semua pengundi tidak mengira apa jua ideologi politik perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat yang bakal mewakili suara mereka,” katanya ketika menyampaikan amanat di Rumah Panjang Sungai Buloh di sini malam tadi.
Tambah Nancy, kerajaan telah banyak membawa pembangunan dan kemajuan meskipun ia bukan kubu kuat BN.
Katanya, meskipun bukan penyokong BN tetapi kerajaan tetap memberi bantuan dan manfaat pembangunan daripada projek infra rakyat kepada kawasan berkenaan.
Justeru , ujarnya, jangan gentar dan terus berjuang kerana BN telah banyak membantu dalam apa jua perkara. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KLxsa3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment