Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banduan sempat berasmara dua setengah minit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banduan sempat berasmara dua setengah minit



PERTH: Seorang banduan ditangkap menyelinap masuk ke dalam tandas sebuah rangkaian burger untuk melakukan seks ketika pengawal yang membawanya sedang membeli aiskrim di kaunter.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di restoran Hungry Jacks di Australia pada Februari lalu itu menunjukkan lelaki terbabit melampiaskan nafsunya selama dua setengah minit di tandas orang kurang upaya.

Siasatan dilakukan Suruhanjaya Jenayah dan Rasuah mendapati sekumpulan banduan memperdaya pengawal berusia 64 tahun itu untuk berhenti di premis makanan segera tersebut sebelum meneruskan perjalanan pulang ke pusat tahanan mereka.

David Northing dan dua tahanan terbabit memasuki Hungry Jacks di Mundaring di Perth atas alasan hendak menggunakan tandas dan mahu dibelanja pengawal terbabit.

Salah seorang banduan bagaimanapun mempunyai rancangan lain dengan wanita yang sudah menunggunya di dalam restoran terbabit.

Selepas 'urusan' mereka selesai, lelaki terbabit sempat memberikan nota kepada wanita itu sebelum kembali menyertai rakannya yang lain.

Wanita terbabit memberitahu dia dibayar untuk khidmat seks tersebut.

Laporan mengenai pelanggaran keselamatan mendapati pengawal terbabit melanggar protokol dengan membenarkan banduan penjara Karnet tidak diawasi di tempat awam. - The Mirror


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KW2NXA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.