Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hua Zong Cadangkan Kepada Mahathir Wujudkan Jawatan TPM Cina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hua Zong Cadangkan Kepada Mahathir Wujudkan Jawatan TPM Cina


KUALA LUMPUR – Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) mencadangkan supaya Kabinet baharu yang dibentuk Tun Dr. Mahathir Mohamad mewujudkan satu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk diisi oleh wakil Cina.

Selain itu, Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah turut mencadangkan supaya wakil keturunan Cina dilantik untuk jawatan menteri atau timbalan menteri di beberapa kementerian yang dianggap penting.

Kementerian itu ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kewangan, Pendidikan dan Dalam Negeri.

Hua Zong turut meminta kerajaan mengotakan semua janji pilihan raya termasuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol lebuh raya, serta mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Yin Huah percaya bahawa Dr. Mahathir yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun sebagai Perdana Menteri tidak akan berdepan masalah dalam memimpin negara.

Katanya kepada Sinchew Daily, dengan sokongan tahap “tsunami” yang diberikan rakyat, kerajaan yang dibentuk dipercayai dapat melakukan “sesuatu” dalam negara.

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dalam pada itu juga menggesa kerajaan supaya segera mengiktiraf UEC.

“Kami sedia berbincang dengan pihak berkenaan tentang isu pengiktirafan UEC, peruntukan sistematik kepada sekolah Cina serta masalah lain melibatkan sekolah aliran ini,” kata Vincent Lau, Pengerusi Dong Zong.

Sementara itu, Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) telah menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu bagi mewujudkan suasana mesra perniagaan, mengurangkan kos niaga serta merancakkan kemajuan ekonomi di negara ini.

ACCCIM dalam satu kenyataan memberitahu, ia percaya kerajaan akan melaksanakan lebih banyak dasar terbuka dan adil yang akan memberi manfaat kepada rakyat pelbagai kaum. – MalaysiaGazette


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rEUirl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.