Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bursa Malaysia dibuka amat rendah berikutan reaksi sementara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bursa Malaysia dibuka amat rendah berikutan reaksi sementara


KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka amat rendah hari ini berikutan reaksi sementara susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang mengejutkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 31.72 mata kepada 1,814.79 daripada 1,846.51 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka rendah 32.06 mata kepada 1,814.45.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 292 berbanding 206, manakala 140 kaunter tidak berubah, 1,241 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 314.78 juta unit bernilai RM306.7 juta.

Peniaga berkata kekalahan Barisan Nasional yang tidak dijangka kepada PH pada PRU14 merupakan satu kejutan yang negatif bagi pasaran saham tempatan berikutan ia mewujudkan ketidaktentuan.

"Oleh itu, pembetulan yang ketara dijangka hari ini," katanya.

Beliau berkata sokongan segera dilihat pada paras 1,811 manakala halangan terdekat pada 1,865.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 14 sen kepada RM10.56, Public Bank merosot dua sen kepada RM23.86, Tenaga jatuh 46 sen kepada RM15.60 dan CIMB turun 64 sen kepada RM6.26.

Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM8.43.

Bagi saham aktif, Sapura Energy menambah sembilan sen kepada 76 sen, Eden Inc meningkat 14 sen kepada 31 sen, Opcom menokok 30 sen kepada 90.5 sen dan Berjaya Corporation naik 5.5 sen kepada 36 sen.

Cuscapi susut 14.5 sen kepada 21 sen.

Indeks FBM Emas jatuh 319.27 mata kepada 12,566.44, Indeks FBMT 100 merosot 317.78 mata kepada 12,380.66, Indeks FBM Emas Shariah susut 359.04 mata kepada 12,716.32, FBM Ace turun 138.47 mata kepada 5,073.86 dan FBM 70 berkurangan 391.68 mata kepada 14,911.58.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan merosot 26.05 mata kepada 3,170.5, Indeks Kewangan susut 383.24 mata kepada 17,707.35 dan Indeks Perladangan turun 80.75 mata kepada 7,768.97. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rHra2n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.