SPRM Dikawal Ketat
PUTRAJAYA: Kawalan keselamatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Presint 7, di sini diperketatkan pada Isnin.
Tinjauan media di bangunan itu pagi Isnin mendapati setiap kenderaan yang keluar masuk ke bangunan itu diperiksa secara rapi oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Anggota Rela turut memeriksa bahagian but setiap kenderaan sebelum dibenarkan keluar dari bangunan itu.
Menurut sumber, prosedur tersebut dijalankan atas arahan pengurusan atasan SPRM bagi memastikan tiada dokumen rahsia dibawa keluar tanpa kebenaran yang sah. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KXHgha
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment