Hi! Welcome Back and Stay Tune! GST mesti dihapuskan, kata Guan Eng kepada kastam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GST mesti dihapuskan, kata Guan Eng kepada kastam

Menteri kewangan baru berkata beliau mengambil maklum tentang 'sokongan bersemangat' kepada cukai itu, tetapi kerajaan akan penuhi janji pilihan rayanya.

GEORGE TOWN: Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan mengambil maklum sokongan “bersemangat” kepada GST yang dilaksanakan oleh kastam, tetapi akan tetap memansuhkannya.

Beliau berkata, pembatalan GST salah satu janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH) dan penghapusan cukai penggunaan itu keutamaan kerajaan sekarang. “Bagaimanapun arahan tidak boleh dibuat sehingga saya mengangkat sumpah sebagai menteri kewangan. Kita ambil maklum tentang ‘sokongan bersemangat’ kepada GST oleh kastam,” katanya.

Lim berkata demikian ketika menjawab soalan media sama ada beliau telah mengarahkan jabatan berkenaan membatalkan cukai tersebut.

Baru-baru ini sebuah kumpulan pemikir menggesa penambahbaikan dibuat ke atas mekanisme GST sedia ada, dan tidak menghapuskannya.

Ali Salman, pemangku ketua Institut Demokrasi dan Hal ehwal Ekonomi (Ideas), berkata GST bukanlah punca kenaikan harga barang.

Beliau berkata, analisis institut ke atas indeks harga pengguna menunjukkan kos hidup meningkat bukan kerana cukai tersebut, yang merupakan langkah pengurusan fiskal yang penting. GST menghasilkan sebanyak RM44 bilion pendapatan kepada kerajaan tahun lepas.

Katanya, langkah ke depan ialah dengan menambahbaik mekanisme GST, bukannya melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diamalkan sebelum ini. Ia hanya menghasilkan kutipan sebanyak RM17 bilion.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber GST mesti dihapuskan, kata Guan Eng kepada kastam

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rETPp5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.