Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mansuh GST, kembali subsidi minyak tidak jejas ekonomi, kata Daim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mansuh GST, kembali subsidi minyak tidak jejas ekonomi, kata Daim

Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan itu yakin langkah mansuh GST dan kembalikan subsidi minyak tidak jejas ekonomi kerana mereka punya kepakaran dan pengalaman berkaitan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memastikan pemansuhan GST dan pengenalan semula subsidi minyak tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia.

Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan itu yakin langkah memansuhkan GST dan mengembalikan semula subsidi minyak kerana mempunyai kepakaran dan pengalaman berkaitan.

“Kami perlu melakukan analisis mengenai GST dan subsidi minyak. Selepas GST dimansuhkan, yang paling penting kita dapat menghapuskan rasuah dan pembaziran serta menjadi lebih cekap. Kami telah melakukannya sebelum ini, (selama) 57 tahun tidak ada GST…tiada masalah.

“Kami dapat mengendalikannya. Tiada sebab mengapa ekonomi dipertaruhkan dan menjadi lebih teruk, jangan bimbang.

“Pada dasarnya, pengurus dana lebih bimbang tentang GST. Mereka takut hutang meningkat. Kami tidak akan menaikkan hutang lagi. Kami tidak bodoh.

“Ini adalah spekulasi yang tidak wajar. Ia merupakan tindak balas normal apabila kerajaan baharu mengambil alih. Bagaimana wujud ketidakpastian apabila ada manifesto dan semuanya pun ada,” kata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan, semalam.

Selain Daim, ahli lain majlis itu adalah bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, ahli ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram dan tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok.

Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara.

Menurut Daim, pada masa ini majlis itu tidak akan mendedahkan bagaimana kerajaan akan mengimbangi pengurangan daripada pemansuhan GST dan pengenalan semula subsidi minyak.

Beliau berkata majlis tersebut akan mengambil langkah penting untuk memulihkan keyakinan pelabur.

“Pertama adalah GST, kemudian kami akan memanggil pegawai di kementerian untuk memberi taklimat kepada mengenai projek mega, hutang negara, tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan – Tabung Haji, Mara, Felda, selain menangani ringgit,” katanya.

Mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Daim mendedahkan pasukan petugas khas akan ditubuhkan dengan segera bagi tujuan itu di bawah bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan.

Majlis itu sudah mengenal pasti mereka yang dapat membantu dalam siasatan tersebut dan mendapatkan semula berbilion dolar yang didakwa dicuri daripada dana itu, katanya, sambil menambah majlis itu kemudiannya akan mengemukakan laporan kepada kerajaan.

Menyelesaikan kemelut 1MDB merupakan antara janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya umum ke-14.

Perdana menteri semalam mengumumkan penubuhan majlis itu, antara lain untuk membantu kerajaan baharu melaksanakan janji pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari pentadbiran.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Mansuh GST, kembali subsidi minyak tidak jejas ekonomi, kata Daim

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IdZFJ1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.