Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tony Fernandes Mohon Maaf Atas Pandangan Bersifat Politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tony Fernandes Mohon Maaf Atas Pandangan Bersifat Politik



KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes memohon maaf kerana tunduk kepada tekanan, dan ketidaksenangan yang disebabkan oleh beliau atas pandangan bersifat politiknya dalam video sebelum ini.

Fernandes berkata beliau telah tunduk kepada tekanan yang amat kuat, bagaimanapun ia merupakan keputusan yang dibuat untuk melindungi syarikat penerbangan tersebut yang banyak memberi manfaat kepada Malaysia dan akan terus berbuat demikian kepada negara.

"Ia tidak betul, saya akan menyesal buat selama-lamanya. Saya berharap kepada Malaysia yang baharu. Malaysia yang memberi peluang kepada semua orang," katanya dalam satu video di Facebook hari ini.

Katanya beliau menganggap ia suatu langkah yang wajar baginya untuk cuba menjelaskan apa yang telah berlaku dalam beberapa minggu yang lepas.

"AirAsia berada dalam industri yang amat terkawal -- industri yang hampir segalanya memerlukan kelulusan kerajaan. Daripada penerbangan, kepada cukai lapangan terbang hingga laluan. Oleh itu, bukan mudah untuk mengendalikan sebuah syarikat penerbangan dan syarikat itu perlu sentiasa menyokong kerajaan pada masa itu.

"Saya akan melakukan yang terbaik dan berusaha 150 peratus untuk menebus kesilapan itu dan memastikan AirAsia dapat terus mengubah mimpi menjadi kenyataan," katanya.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IfXhRU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.