Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rafizi Nafi Mahu Jadi Menteri Kewangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rafizi Nafi Mahu Jadi Menteri Kewangan


SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjelaskan tindakan beliau mempersoalkan pengumuman lantikan tiga menteri kanan bukan sebab mahu menjadi Menteri Kewangan.

Sebaliknya beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana beliau tidak terikat dengan jawatan.

Menurutnya, tiada persetujuan dicapai dalam mesyuarat pertama membincangkan mengenai portfolio menteri kerana PKR mahu melibatkan Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau saya mahu jadi menteri, saya tidak ambil risiko sehingga dipenjara empat tahun. Kritikan terhadap saya itu boleh saya terima, tetapi jangan menghina,” katanya dalam catatan Twitternya, semalam.

Rafizi berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau mahu menjadi Menteri Kewangan.

Katanya, laporan tersebut adalah fitnah dan beliau mengambil tindakan undang-undang.

“Sebab itu dari dua tahun lalu, bila saya tubuhkan Invoke Malaysia untuk bantu calon-calon Harapan menang PRU14, saya sudah maklumkan saya tidak akan terima sebarang jawatan kerajaan selepas menang PRU14,” katanya. – Sinar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rEUsyX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.