Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1MDB: Anak tiri Najib dipanggil SPRM esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1MDB: Anak tiri Najib dipanggil SPRM esok

1MDB: Anak tiri Najib dipanggil SPRM esok
Riza Aziz. Foto - thecoverage.my
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana syarikat pelaburan kontroversi kerajaan, 1MDB.

Menurut sumber, Riza atau nama sebenarnya, Riza Shahriz Abdul Aziz  diperintah hadir memberi keterangan jam 2 petang.
“Benar. Dia dipanggil memberi keterangan esok,” kata sumber kepada Sinar Harian.

Riza,41, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkan  filem lucah The Wolf Of Wall Street menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.

Pada 19 November 2012, Riza dilapor membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.
Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik bernilai RM110 juta.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.
Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2z0DnWV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.