Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Lagi ‘Bangla’ Jual Petai di Pasar Borong – Salahuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Lagi ‘Bangla’ Jual Petai di Pasar Borong – Salahuddin

Oleh: Fadhil Daud

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa akan dibincangkan Kementerian Industri dan Asas Tani bagi membendung masalah peniaga asing  yang memonopoli peniagaan di Pasar Borong sekaligus menjejaskan kerancakan sektor ekonomi dan pertanian bumiputera dalam negara.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan tegas bakal diambil kerajaan ke atas pihak yang menyewakan lesen perniagaan kepada peniaga asing dengan hasrat mengaut keuntungan mudah.

Jelas beliau, kementeriannya akan menggunakan kuasa yang telah dimandatkan oleh rakyat sebaiknya bagi mengembalikan ketelusan dan objektif sebenar agensi itu dalam bidang pertanian.

“Perkara ini dibincangkan dalam kabinet dan mungkin pada minggu hadapan kita akan tahu keputusannya. Kerajaan mesti ambil tindakan tegas ke atas pemilik premis di setiap pasar borong yang menyeleweng lesen yang diberi.

“Isu berkaitan menyewakan premis kepada peniaga asing ini adalah sangat membimbangkan, sehingga ada di antara mereka (bangladesh) yang pandai berunding mengenai petai,” ujarnya ketika Majlis perjumpaan Khas bersama Belia Peladang di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang sebentar tadi.

Pada Perkembangan yang sama Salahuddin mahu sebuah Forum Peladang Kebangsaan dianjurkan sebagai wadah bagi memudahcarakan golongan petani dengan pihak kementerian dalam melancarkan proses memperkasakan sektor tersebut.

“Saya harap dengan wujudnya forum kebangsaan ini pelbagai agenda besar dapat dilakukan, dimudahcarakan dan dicerakinkan mengikut kesesuaian yang sebenar,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang baharu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan dan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Hamzah Bahari.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IRDKCU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.