Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB

 | July 1, 2018
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan berkata, terpulang kepada Nazir Razak jika beliau mahu melepaskan jawatan pengerusi Kumpulan CIMB sebelum tamat kontrak.
Nazir Razak sedia berundur jika Lembaga Pengarah CIMB, pemegang saham dan Bank Negara mahu beliau meletak jawatan lebih awal. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) tidak memaksa sekiranya Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mahu berhenti awal sebelum kontraknya berakhir Ogos 2019.

Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin berkata, keputusan meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada Nazir.

“Terpulang kepada dialah, masing-masing ada kontrak. Kalau dia nak berhenti awal terpulang kepada dia,” katanya ringkas mengulas status Nazir selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Aishah Ghani Srikandi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB) dan logo barunya hari ini.

Sementara itu, Nazir dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau belum memutuskan sama ada akan melanjutkan tempoh kontraknya yang akan berakhir tahun depan, namun akan mengundur diri sekiranya Lembaga Pengarah CIMB, pemegang saham serta Bank Negara mahu beliau meletak jawatan lebih awal.

Terdahulu, pada majlis itu, Pengerusi KJMWB, Armi Zainudin berkata, buku terbitan koperasi itu mengisahkan perjuangan tokoh wanita Tan Sri Aishah Ghani dalam mengendalikan KJMWB sejak penubuhannya pada 1974 sehingga menjadi sebuah koperasi wanita Melayu yang berjaya dan paling lama di Malaysia.

Menurutnya, pengenalan logo baru koperasi itu sejajar usaha menarik ahli baru menjadi tenaga pelapis, di samping tampil lebih dinamik, segar dan menggambarkan kemantapan yang ingin dibentuk.

“KJMWB bertekad untuk memesatkan lagi aktiviti pembangunan sosio ekonominya, jadi kami perlu membuat persiapan memasuki fasa pertumbuhan lebih mencabar melalui suntikan modal, idea bernas dan tenaga pelapis yang komited.”

Turut hadir Pengerusi Yayasan Suara Wanita (Yusnita), Tan Sri Zaleha Ismail; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MEH8mO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.