PM sedang cari calon sesuai Timbalan Menteri Pertahanan
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih mencari calon sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan timbalan menteri pertahanan, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
"(Saya) memang menunggu seorang timbalan dan Perdana Menteri sedang mencari calon sesuai untuk Timbalan Menteri Pertahanan. Kita harap Perdana Menteri dapat menamakannya dan melicinkan lagi perjalanan Kementerian Pertahanan," katanya selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira di sini, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang.
Ditanya adakah calon timbalan menteri pertahanan adalah dalam kalangan senator, Mohamad berkata terdapat kemungkinan jawatan itu akan diisi oleh senator.
"Kalau lewat (lantikan) mungkin (timbalan menteri) dalam kalangan senator," katanya.
Semalam, 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NqDC0u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment