Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seagate Melancarkan Siri SSD Barracuda Baru – Hadir Dengan Storan Bersaiz 250GB Hingga 2TB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seagate Melancarkan Siri SSD Barracuda Baru – Hadir Dengan Storan Bersaiz 250GB Hingga 2TB

Pengeluaran SSD daripada syarikat-syarikat pembuat storan nampaknya semakin rancak ketika ini. Seagate, sebuah jenama storan digital terkemuka dilihat hadir dengan siri Seagate Barracuda baru khusus untuk SSD dengan jumlah storan yang cukup besar.

SSD Seagate Barracuda ini hadir dengan empat pilihan storan, termasuklah 250GB, 500GB, 1TB dan juga 2TB di dalam rangka 2.5 inci menggunakan sambungan data SATA III 6Gbps, dan menjanjikan kadar pembacaan data 560MB/s dan kadar penghantaran data 520MB/s.

Seagate berkata lagi bahawa SSD Seagate Barracuda ini bukan sahaja sesuai untuk meningkatkan prestasi komputer desktop, tetapi juga untuk laptop-laptop yang memerlukan storan pantas untuk sistem operasi dan juga perisian-perisian.

Buat masa ini, siri SSD Seagate Barracuda ini sudahpun mula dijual di pasaran Amerika Syarikat, bermula dari harga $74.99 untuk model 250GB, sehingga $229.99 untuk model 2TB.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IRLmFw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.