Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jamal Yunos Mungkin Dihantar Pulang Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jamal Yunos Mungkin Dihantar Pulang Hari Ini

JAKARTA: Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian berkata, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang ditahan di Tebet, Jakarta Selatan akan dihantar pulang secepat mungkin dari republik itu.

“Kami akan segera menghantar beliau pulang, jika tidak hari ini (Selasa), esok (Rabu),” kata Tito di ibu pejabat polis ibu kota ini semalam dilaporkan agensi berita Antara.

Beliau beliau, Jamal, suspek dalam beberapa kes di Malaysia, disyaki keluar dari negara itu 13 Jun lalu secara haram.

Tidak lama kemudian, Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menghubungi Tito untuk memberi maklumat mengenai Jamal dan meminta bantuan menangkapnya kerana ada petunjuk ahli politik itu berada di Indonesia.

Menurut Tito, sebelum tiba di ibu kota ini, Jamal dipercayai singgah di Medan, Sumatera Utara. Penyiasat polis akhirnya menangkap Jamal di Tebet kelmarin dan beliau segera dibawa ke Rumah Tahanan Polis Daerah Metro Jaya.

Jamal diburu polis dalam kaitan sembilan kes dikaitkan terhadapnya termasuk satu dakwaan rasuah membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut mengheret bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. -Agensi



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KF5bET

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.