Tengku Puan Pahang kecewa akaun bank TAFF
(Ubah saiz teks)
BENTONG - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah kecewa apabila Bank Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskan baginda pada 2004 telah dibekukan tanpa sebarang alasan dan pemberitahuan.
Tunku Azizah menerusi akaun Twitter rasminya Cheminahsayang hari ini bertitah, pihaknya menyedari akaun HSBC yayasan berkenaan dibekukan selepas cek dikeluarkannya dikembalikan.
Titah baginda, walaupun percaya kepada ketelusan dan akauntabiliti, namun mempersoalkan akaun itu dibekukan, yang disifatkan sebagai tidak adil kerana tidak dimaklumkan mengenainya.
“TAFF bergantung sepenuhnya kepada penjualan buku masakan dan derma. Kami tiada (sumber) duit pada masa ini dan tidak dapat menaja rawatan. Anda semua dialu-alukan untuk menyemak akaun kami yang sudah diaudit.
“Siapa arahkan akaun TAFF dibekukan? Saya tidak marah tetapi sekurang-kurangnya maklumkan dan bagi tahu mengapa.
"Tiada apa yang kami hendak sembunyikan, kami membantu mereka yang tidak mempunyai anak untuk merealisasikan impian mereka (mendapatkan anak menerusi rawatan), mengapa? mengapa? mengapa?, titah baginda.
Baginda bertitah, HSBC pada Disember lalu ada menulis dan memintanya mengisytiharkan aset ahli jawatankuasa.
"Tetapi saya terlupa untuk menjawabnya dan mereka (bank) membekukan akaun saya pada Jun,” titah baginda menerusi Twitter.
Tunku Azizah bertitah, tindakan membekukan akaun itu berlaku ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan akta SPRM membekukan akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB.
Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KmlIyh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment