Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah


Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah
Foto ihsan Facebook Mohamad Sabu
(Ubah saiz teks)
IPOH - Jemaah di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai menerima kejutan apabila khutbah Jumaat hari ini dibacakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Menerusi khutbah Jumaat itu, Mohamad Sabu mengajak umat Islam supaya berani mengakui kesilapan dan sanggup lakukan pembetulan agar menjadi umat lebih mulia.

Beliau juga mengingatkan lebih baik mengamalkan sikap merendah diri dan segera meminta ampun setelah berbuat kesalahan.
“Sama ada pihak yang berkuasa atau tidak berkuasa, renung dan sanggup membuat pengislahan (pembaharuan) supaya kita dapat kembali memimpin atas muka bumi ini.

“Kita kena akui kelemahan dengan  penuh tawaduk dan sama-sama membina kembali kesilapan dilakukan orang Islam sama ada pemimpin atau umat Islam lain secara umum,” katanya.

Khutbah pertama dibacakan sejak beliau menerajui Kementerian Pertahanan itu disampaikan di hadapan 750 pegawai dan anggota RAMD yang turut dihadiri Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.
Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.
Solat Jumaat diimamkan, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam khutbah Jumaat itu, turut disentuh keadaan umat Islam pada masa kini yang saling bertingkah dan membunuh antara satu sama lain hanya kerana wujudnya perbezaan sedikit dalam nilai kepercayaan mereka.

Mohamad Sabu berkata, negara kotor, paling tinggi rasuah, tiada ukhuwah hingga saling bunuh sesama sendiri dan umat yang menjadi pelarian paling ramai semuanya berlaku di negara Islam.
“Apakah agama yang salah atau kita yang salah, insafilah, kitalah yang perlu buat pembetulan,” katanya.
Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NajhwE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.