Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netflix Dilaporkan Bakal Mengurangkan Jumlah Penstriman Pelan Premium Kepada Hanya Dua Skrin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netflix Dilaporkan Bakal Mengurangkan Jumlah Penstriman Pelan Premium Kepada Hanya Dua Skrin

Pada waktu ini Netflix menawarkan tiga pelan langganan kepada pengguna. Pelan Premium adalah yang paling mahal dengan sokongan kandungan 4K dan penstriman kepada empat skrin serentak.Menurut laporan Tuto Android, Netflix bakal menghadkan jumlah ini kepada hanya dua peranti selepas memperkenalkan pelan Ultra baharu di Itali.

Hanya pelan Ultra membenarkan penstriman ke empat peranti serentak dengan bayaran bulanan Euro 16.99 (~RM 80). Bayaran bulanan Premium dikekalkan tetapi seperti yang kami katakan tadi penstriman dihadkan kepada dua peranti sahaja. Buat masa ini hanya pengguna di Itali ditawarkan pelan ini.

Pihak Netflix telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka sentiasa mencuba pelan baru bagi melihat maklum balas dari pelanggan. Berdasarkan reaksi negatif dari pengguna di Itali, kami berharap Netflix tidak akan meneruskan rancangan untuk memperkenalkan pelan Ultra ini di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tTfqMq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.