Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Pay Dilancarkan – Sebuah Lagi Perkhidmatan Dompet Nirtunai Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Pay Dilancarkan – Sebuah Lagi Perkhidmatan Dompet Nirtunai Di Malaysia

Kehadiran pengasas Razer ke Malaysia dua hari yang lalu menimbulkan beberapa spekulasi. Adakah kedai Razer akan akhirnya dibuka di Malaysia? Teka-teki terjawab pagi ini dengan munculnya aplikasi baru Razer Pay yang merupakan sebuah lagi perkhidmatan dompet nirtunai tetapi lebih mensasarkan golongan peminat permainan video.

Menerusi Razer Pay pengguna boleh menambah nilai kredit talian pra-bayar telefon, zGold, iFlix, njoi, Steam Wallet, Garena, PlayStation Network, Blizzard dan  banyak lagi. Jumlah kredit di dalam Razer Pay boleh ditambah menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian utama atau pin Razer Pay yang boleh dibeli di rangkaian 7-Eleven,

Razer Pay sebenarnya menggantikan perkhidmatan One2Pay milik MOL Global sebelum ini. Penjenamaan semula ini dilakukan selepas Razer mengambil alih 65% pegangan MOL Global pada April tahun ini.

Bagi pengguna Malaysia yang berdaftar hari ini, mereka akan menerima kredit RM10 secara percuma. Aplikasi Razer Pay kini boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.

Muat turun Razer Pay versi Android menerusi Play Store

Muat turun Razer Pay versi iOS menerusi App Store



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NmtWEB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.