Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahid Sambung Beri Keterangan Esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahid Sambung Beri Keterangan Esok

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menyambung memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok berhubung isu dana Yayasan Akalbudi.

Hari ini, Ahmad Zahid memberi keterangan hampir lapan jam bermula jam 10 pagi tadi mengenai kenyataannya berhubung isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi, esok saya akan sambung (memberi keterangan) mengenai isu Yasayan Akalbudi dan saya akan maklumkan mengenainya esok.

“Saya ucapkan terima kasih kerana mereka (SPRM) kerana cukup profesional dan memberikan ruang secukupnya kepada saya untuk membuat penjelasan,” katanya.

Menurutnya, beliau amat yakin bahawa isu-isu berkaitan persoalan yang selama ini menjadi persepsi rakyat dapat dirungkaikan oleh SPRM.

Berhubung keterangannya mengenai kenyataan isu derma berkenaan, Ahmad Zahid berkata SPRM mahu penjelasan terperinci mengenai maklumat pertemuan itu memandangkan sebelum ini suruhanjaya itu hanya memperoleh maklumat berkenaan menerusi media.

Ditanya lanjut siapa yang memberikan derma dana berkenaan, Ahmad Zahid berkata beliau tidak perlu menjawab soalan berkenaan, sebaliknya hanya memberi jawapan kepada SPRM.

Pada 2015, Ahmad Zahid mengesahkan secara peribadi sudah bertemu wakil keluarga diraja Arab Saudi yang menderma RM2.6 bilion kepada Najib.

Katanya, Malaysia bukan satu-satunya negara yang menerima dana berkenaan kerana keluarga diraja berkenaan turut memberikan dana kepada negara lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KOJJKJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.