Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Adakah Awak Sanggup ‘Bermadu’ Dengan Arwah?" ‘Duda Idaman Malaya’ Akhirnya Tamatkan Zaman Duda Dan Menemui Suri Hati Yang Memenuhi Kekosongan Jiwa.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Adakah Awak Sanggup ‘Bermadu’ Dengan Arwah?" ‘Duda Idaman Malaya’ Akhirnya Tamatkan Zaman Duda Dan Menemui Suri Hati Yang Memenuhi Kekosongan Jiwa..



SELEPAS lima tahun hidup menyendiri, Abil Fikri Ahmad, 49, mengakhiri zaman dudanya dengan suri hati Nor Aida Mohamad, 29, pada Jumaat lalu.

Lelaki pernah mendapat jolokan Duda Idaman Malaya itu menjadi sebutan ramai selepas kisah ketabahannya menjaga isteri Fauziah Muhamad yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013.

Related image

Abil Fikri ketika dihubungi meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baharu yang disifatkan seorang yang memahami.


Menurutnya, perkenalannya dengan isteri bermula sebagai rakan blogger, namun masing-masing tidak pernah meluahkan isi hati.

“Isteri antara rakan blogger yang rapat dan banyak membantu saya. Lagipun kebanyakannya sudah berkahwin dan dia pula masih bujang pada waktu itu, sudah tentulah saya lebih rapat dengannya.

“Tapi, kami tak pernah declare sebagai pasangan kekasih pun. Cuma, Disember lalu saya mencuba nasib melamarnya dengan soalan "adakah dia sanggup ‘bermadu’ dengan arwah?" dan dengan senangnya dia cakap ok,” katanya.

Abil Fikri berkata, apa yang membuatkan hatinya tertarik dengan Nor Aida adalah wanita itu sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak lupakan allahyarhamah isteri selain menjaga solat dan rajin membaca al-Quran.


“Doa saya mengharapkan jodoh buat kali kedua dengan wanita berasal dari Terengganu iaitu sama dengan arwah isteri juga termakbul. Bila satu kampung ini, senanglah saya nak pergi ziarah. Paling saya terharu kerana ibu arwah juga merestui hubungan saya dengan isteri

“Saya masih rapat dengan keluarga bekas mertua dan pernah berjanji dengan arwah yang saya akan terus menjaga ibu dan adik beradiknya lain walau apa saja berlaku,” katanya.

Nor Aida disifatkan oleh Abil sebagai seorang yang sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak melupakan arwah isterinya selain menjaga solat dan rajin membaca Al-Quran. - Facebook Dana Sinar Fauziah

Ditanya perbezaan jarak usia dengan isteri 20 tahun, Abil Fikri berkata, faktor usia bukan penghalang ikatan kasih antara dua jiwa kerana paling penting bagaimana mahu mencorakkannya.

Bercerita mengenai perkembangannya, Abil Fikri berkata, dia masih aktif memberi ceramah motivasi kekeluargaan dan kini menetap di Putrajaya kerana isterinya bertugas di Jabatan Perangkaan di sana.


“Saya mohon maaf kepada semua pengikut setia saya di laman sosial kerana tidak jemput ke majlis perkahwinan baru-baru ini. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa dan ucapan tahniah di Facebook selepas saja gambar perkahwinan saya dimuat naik.\


Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and shoes

“Saya sudah anggap pengikut sebagai keluarga saya dan doakanlah perkahwinan saya dirahmati dan dilimpahkan rezeki Allah,” katanya.

Sumber: Astro Awani



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zzaelU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.