Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gara-Gara Cuba Keseronokan Berenang Dengan Anak Jerung, Model Instafamous Diserang Dan Digigit Jerung.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gara-Gara Cuba Keseronokan Berenang Dengan Anak Jerung, Model Instafamous Diserang Dan Digigit Jerung..



SEORANG model Instagram dari California bernasib baik kerana masih hidup selepas diserang oleh jerung ketika sedang berenang di pantai di Bahamas.

Katarina Zarutskie, 19, seorang model dan pelajar kejururawatan berkata dia pernah mendengar daripada penduduk tempatan tentang keseronokan berenang dengan anak jerung.

Apabila dia melihat sekelompok haiwan itu di pantai pulau Staniel Cay, dia terus terjun ke dalam air biru yang jernih itu.


Dia yang mengharapkan satu pengalaman menyeronokkan bagaimanapun terpaksa melalui detik cemas apabila seekor daripada jerung itu menggigit tangannya dan menyeretnya di bawah air.

"Pergelangan tangan saya berada di mulutnya dan saya dapat rasakan giginya dalam lengan saya," katanya kepada NBC News dalam temu bual pada Isnin.

Zarutskie, pelajar di University of Miami, sedang bercuti dengan keluarga teman lelakinya ketika dia diserang.

Katanya, bapa kekasihnya sempat merakamkan gambar ketika kejadian menakutkan itu.

Dalam satu gambar, dia yang dilihat memakai bikini biru sedang terapung di atas air. Pada masa itu sekumpulan jerung berada dekat dengannya.


Satu lagi gambar menunjukkan saat-saat Zarutskie diserang. Dalam gambar itu dapat dilihat percikan air kerana beberapa jerung sedang mengelilinginya.


Gambar ketiga pula menunjukkan dia sedang mengangkat tangan sambil memegang lengannya yang cedera untuk mengelak darah menarik perhatian lebih banyak jerung.

Dia berkongsi foto-foto itu di laman Instagramnya dengan kapsyen: 'PSA: Sharks DO bite'.



Zarutskie memberitahu NBC bahawa jerung yang menyerangnya berukuran lima kaki panjang.

"Saya ditarik di bawah air selama beberapa saat dan kemudian saya cuba tarik pergelangan tangan saya dari mulut jerung secepat mungkin," katanya.

Selepas terlepas dari gigitan, Zarutskie berkata dia berenang keluar dari air.

Dia pergi ke klinik tempatan untuk membersihkan luka dan membalutnya, tetapi terbang ke Florida untuk rawatan lanjut apabila mengetahui gigitan jerung mempunyai risiko jangkitan.


Pemilik kawasan Staniel Cay, Daniel Hocker berkata terdapat papan tanda berhampiran tempat Zarutskie berenang, memberi amaran kepada orang ramai tentang serangan jerung.

"Haiwan-haiwan ini dianggap agak jinak tetapi kadang-kadang menggigit," katanya.

"Biasanya mereka tersalah antara tangan atau jari dengan makanan," katanya.

Zarutskie berkata dia tidak nampak papan tanda itu dan berenang tanpa melalui syarikat pelancongan atau organisasi tempatan.


Dia berkata keluarga teman lelakinya terkejut apabila dia memberitahu mahu berenang dengan jerung, tetapi dia memutuskan untuk tetap melakukannya.

Related image

"Doktor percaya bahawa beberapa cebisan gigi jerung masih di lengan saya dan saya akan mengalami parut kekal," katanya, sambil menambah dia bimbang gigitan jerung boleh menjejaskan kerjaya pemodelannya.

"Saya sangat bernasib baik kerana masih mempunyai lengan dan masih hidup," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ujlyh1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.