Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahap Jangkitan HIV - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahap Jangkitan HIV

Virus HIV bertindak dalam beberapa fasa jika tidak mendapat rawatan awal.

Bagaimanapun syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada para penyelidik di mana hasil usaha mereka dengan izin Yang Maha Kuasa ubat bagi mengawal (bukan menyembuhkan lagi buat masa ini) telahpun ditemui. Untuk maklumat lanjut tentang ubat-ubatan ini akan saya sentuh dalam siri yang lain ya!

Jangkitan Tahap Pertama

Jangkitan Akut akan berlaku dalam tempoh 2 hingga 4 minggu jangkitan berlaku. Sindrom-sindrom tertentu akan hadir dan sering dikenali sebagai “the worst flu ever”. Kebanyakkan namun bukan semua yang dijangkiti akan mendapat sindrom-sindrom seperti :

1) demam
2) bengkak kelenjar
3) sakit tekak
4) ruam
5) sakit otot dan sendi
6) sakit kepala

Penyakit-penyakit ini adalah penyakit normal yang menyerang manusia maka tidak hairanlah ramai yang gagal dikesan mempunyai masalah HIV pada peringkat ini.

Sindrom ini dipanggil “accute retroviral syndrome (ARS)” atau Jangkitan HIV Primer di mana tubuh mula bertindak-balas kepada serangan virus ini. Rawatan di tahap ini sangat penting bagi mereka yang berisiko tinggi dan mereka yang terdedah secara tidak sengaja kepada jangkitan.

Apa yang berlaku pada tahap ini?

Tahap ini adalah tahap di mana virus HIV akan menyerang tubuh secara aktif. Virus bijak ini akan menyerupai sel T atau CD4 dan akan memusnahkan ia pada masa yang sama. Kehadiran sel T atau CD4 akan berkurangan secara mendadak.

Kemudian sel T atau CD4 akan kembali menyerang virus HIV bagi meyeimbangkan kembali kehadiran virus ini di dalam tubuh. Proses ini dikenali sebagai “viral set point”

Selepas beberapa ketika sel T atau CD4 akan kembali meningkat tetapi tidak akan kembali mencapai tahap normal (500 counts and above adalah bacaan normal).

Ini juga adalah tahap kririkal di mana pesakit (biasanya mereka belum menyedari yang mereka telah dijangkiti) dengan mudah dapat menjangkiti orang lain kerana tahap konsentrasi virus HIV dalam tubuh mereka adalah sangat tinggi.

Tahap Kedua Jangkitan

Hantaran kali ini akan memfokuskan pada jangkitan tahap kedua dalam permasalahan HIV. Tahap in dipanggil Clinical Latency Stage yg lebih kepada peratus perkembangan virus HIV dalam tubuh penghidap. Ada 2 kemungkinan pada tahap ini iaitu:

1) Tiada apa-apa simptom yang ditunjukkan
2) Simptom-simptom yang minimal yang juga dikenali sebagai Asymptomatic HIV Infection atau Jangkitan HIV Kritikal.

Pada tahap ini kadar pembiakan virus adalah sangat rendah hinggakan ujian asas makmal tidak mampu mengesan kehadirannya.

Bagi mereka yang didalam rawatan dan mengambil ubat-ubatan HAART, pesakit mampu berada di dalam tahap ini untuk satu tempoh masa yang panjang dek kerana kesan ubat-ubatan yang diambil. Risiko untuk HIV menjadi AIDS juga sangatlah rendah pada tahap ini dengan bantuan regim HAART. Tahap ini juga adalah tahap dimana apabila kadar bacaan Viral Load diambil setiap kali TCA, jika bacaan adalah dibawah 20 mata, pesakit dikategorikan sebagai “undetectable” atau pengkelasan terbaru adalah “untransmitable”.

Namun perlu diingatkan masih ada risiko menjangkiti orang lain atau mendapat jangkitan sekunder dari pesakit HIV yang lain jika masih gagal mengubah corak kehidupan.

Sedikit malang buat mereka yang tidak langsung menjalani rawatan atau dalam kebanyakkan kes pesakit mula meninggalkan rawatan, perubahan dari fasa ini ke fasa AIDS boleh berlaku dengan pantas. Pada fasa ini juga bacaan Viral Load akan meningkat dan bacaan sel T atau CD4 akan turun.

Secara ringkasnya bagi penghidap HIV ada dua bacaan darah yang perlu dititikberatkan iaitu :

1) CD4 haruslah tinggi
2) Viral Load haruslah rendah.

Ada juga beberapa ketika bacaan CD4 masih agak rendah namun oleh kerana bacaan Viral Loadnya juga secara relatif rendah, penghidap masih boleh beraktiviti seperti orang lain yang masih sihat.

Sebagai rakan sepenyakit, melihatkan beberapa keadaan di mana rakan saya apabila berada di fasa ini mula meninggalkan rawatan dan ubat-ubatan yang memungkinkan virus itu mampu superceed kemampuan ubat-ubatan anda lebih baik kita meneruskan sahaja rawatan dan ubat-ubatan ini. Biarpun tubuh berasa sihat dan tiada masalah fizikal tetapi secara diam, virus ini akan memakan sistem pertahanan tubuh kita dan menjurus kita kepada fasa AIDS.

Dan saya juga ingin mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat yang lain biarpun anda mencuba kaedah rawatan alternatif (sebaiknya dengan bimbingan doktor) jangan sekali-kali meninggalkan rawatan di hospital. Ini kerana jika anda default ubat-ubatan anda pada tahap pertama yang mana ianya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui subsidi (antara perbelanjaan GST yang kerajaan gunakan hasil dari kutipan), ubat-ubatan untuk tahap 2 adalah berbayar! Dan kosnya adalah tidak murah! Seeloknya kekal pada regim ubat-ubatan yang ada dan jika mahu mencuba kaedah rawatan lain tiada masalah. Adalah ingin saya peringatkan hingga saat ini tiada satu bukti saintifik yang membuktikan penyakit ini boleh disembuhkan sepenuhnya.

Tahap Ketiga: AIDS

Accute Immuno Deficincy Syendrome (AIDS), fasa paling kritikal dalam jangkitan HIV. Sistem imun tubuh akan rosak dengan teruk dan mendedahkan penghidap HIV kepada pelbagai jangkitan oportunistik (sila rujuk rajah di bawah). Bagaimana penghidap HIV dikata sudah berapa di tahap AIDS?

1) Bacaan CD4 berada di bawah 200 (200 sel/mm3)

Atau

2) Menghidap lebih dari 1 jangkitan oportunistik pada satu-satu masa tanpa memgira bacaan CD4 penghidap.

Bagi penghidap AIDS, jangka hayat pesakit adalah kira-kira 1 – 3 tahun tanpa rawatan. Jangkahayat ini ada berdasarkan kepada kajian saintifik dan tidak bermaksud mendahului urusan Tuhan dalam menentukan hayat seorang manusia. Jangka hayat pesakit sangat bergantung kepada perawatan yang diterima dan tahap disiplin panghidap dalam pengambilan ubat-ubatan HAART.

Kaedah perawatan yang wujud waktu ini adalah sangat bermanfaat buat mereka yang dikesan awal di tahap HIV namun dengan usaha dan disiplin pesakit AIDS juga mampu menjalani kehidupan yang lebih baik dengan bantuan ubat-ubatan ini. Saya sendiri pada awal diagnos bacaan CD4 cuma 23 tetapi selepas 3 tahun bacaan pernah mencapai 499 dan turun naik bergantung pada faktor persekitaran terutama faktor emosi. (penulis merupakan penghidap HIV)

Kepantasan perubahan dari HIV ke AIDS dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

1) Genetic makeup
2) Keadaan kesihatan sebelum dijangkiti
3) Pendedahan tubuh kepada jangkitan dan ciri-ciri genetik virus. (harus diingat virus HIV adalah intelligent virus yang sangat beradaptasi dengan persekitaran dengan pantas)
4) Berapa cepat penghidap mendapat rawatan sejak dijangkiti
5) Tahap disiplin penghidap dalam proses perawatan dan ubatan-ubatan
6) Pemakanan sihat
7) Senaman
8) Taubat dan perubahan cara hidup



✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L6Cml2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.