Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Komputer Desktop Lenovo ThinkStation P330 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia – Khusus Untuk Tugasan Perindustrian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Komputer Desktop Lenovo ThinkStation P330 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia – Khusus Untuk Tugasan Perindustrian

Komputer workstation biasanya digunakan oleh profesional-profesional yang melakukan tugasan rekaan kreatif dan perindustrian yang memerlukan kuasa pemprosesan komputer dan grafik yang cukup berkuasa.

Lenovo hari ini mengumumkan ketibaan siri desktop Lenovo ThinkStation P330 yang mempunyai spesifikasi yang cukup berkuasa untuk tugasan pejabat, disamping rekaan berbeza yang sesuai dengan konfigurasi pejabat yang berbeza.

Siri desktop ThinkStation P330 ini hadir dengan tiga rekaan rangka yang berbeza, termasuklah Desktop Tower, Small Form Factor (SFF) dan Mini. Kesemua rekaan ini membolehkan pengguna melakukan tugasan-tugasan rekaan mereka tidak kira jumlah luas permukaan meja mereka dengan komputer ini.

Dari segi spesifikasi, komputer ini dilengkapi dengan pilihan CPU siri Intel Core dan Intel Xeon-E generasi kelapan, sokongan memori DDR4 sehingga 64GB, dan juga kebolehan untuk menggunakan dua SSD PCIe NVMe yang boleh dipasang terus di atas papan induk. Jika anda ingin menggunakan storan cakera keras, workstation P330 ini juga dilengkapi dengan module Intel Optane yang boleh mempercepatkan kadar penghantaran data storan tersebut.

Dari segi grafik pula, ThinkStation P330 ini hadir dengan dua pilihan GPU. Desktop bersaiz Tower hadir dengan kad grafik NVIDIA Quadro P4000, manakala ThinkStation P330 bersaiz SFF dan Mini pula dilengkapi dengan GPU NVIDIA Quadro P620

Lenovo Malaysia berkata bahawa siri workstation Lenovo ThinkStation P330 ini akan tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi, dan akan mengumumkan harga pasarannya di masa akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ui13S1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.