Hi! Welcome Back and Stay Tune! Skuad B-19 diserang penyokong Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Skuad B-19 diserang penyokong Indonesia

Skuad B-19 diserang penyokong Indonesia. KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad bawah 19 tahun negara (B-19) melangkah ke final Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 dicemari dengan insiden keganasan penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan tuan rumah pada pertemuan separuh akhir di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, semalam.


Skuad B-19 diserang penyokong Indonesia


Lebih 26,000 penyokong Indonesia membanjiri stadium untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan musuh ketat itu, namun ternyata kekalahan skuad Garuda Muda di tangan Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada aksi sebenar sukar diterima.

Jurulatih negara, Bojan Hodak mendakwa, pemain dan pegawai pasukan berdepan detik mencemaskan apabila mereka dibaling dengan botol minuman dan batu selepas tamat perlawanan sehingga memaksa mereka berlari masuk ke bilik persalinan untuk menyelamatkan diri.

"Mereka (penyokong Indonesia) membaling botol minuman dan batu ke arah kami, mujur kami sempat lari keluar meninggalkan padang dengan segera. Kami bernasib baik tiada yang cedera," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.

"Saya tidak tahu sama ada pihak pengurusan (Persatuan Bolasepak Malaysia) ada membuat aduan kepada pihak tuan rumah dan AFF. Memang kecewa perkara seperti ini masih berlaku."

Kejayaan menundukkan Indonesia membolehkan anak buah Hodak menempah pertemuan final dengan Myanmar (Sabtu) dan pengendali dari Croatia itu tetap melihat peluang untuk menang masih 50-50 meskipun mereka pernah mengalahkan lawannya itu 1-0 di peringkat Kumpulan B.

"Bukan mudah untuk kami menewaskan Indonesia kerana ini perlawanan kelima dalam tempoh sembilan hari dan mereka juga mendapat sokongan padu penyokong. Bagi saya perlawanan akhir menentang Myanmar selepas ini 50-50 dan kami kena bersedia.

"Ada beberapa pemain mengalami kecederaan dan saya perlu nilai situasi ini sebelum membuat keputusan siapa yang akan bermain di final," kata Hodak.

Ini kali keenam skuad muda negara layak ke final Sabtu ini selepas hanya bergelar naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017. - myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NevuiL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.