Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenali Teknologi AI Beauty 2.0 dan Pelekat AR Terbina Pada OPPO F7 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenali Teknologi AI Beauty 2.0 dan Pelekat AR Terbina Pada OPPO F7

OPPO F7 yang telah dilancarkan pada April yang lepas merupakan satu telefon pintar kelas pertengahan yang mampu dimiliki ramai. Walaupun ianya merupakan peranti kelas pertengahan, ia telah dibina dengan spesifikasi dan ciri ciri yang lebih baik dari kelasnya. Peranti ini merupakan satu model yang perlu dimiliki oleh orang ramai yang sukakan selfie kerana binaanya memfokuskan terhadap ciri swafoto.

Ini merupakan sebab kenapa anda perlu memiliki telefon pintar OPPO F7.

Kamera 25MP Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan

Kamera utamanya didatang dengan sensor 16-megapixel bersama binaan kamera hadapan sebesar 25-megapixel. Ianya juga hadir teknologi AI Beauty pada peranti ini membolehkan gambar yang diambil menjadi lebih cantik kerana teknologi yang digunakan dapat melaraskan kecantikan pengguna mengikut jantina mereka walaupun dalam satu gambar yang sama.

Penghasilan gambarnya juga amat memuaskan dimana ia mengahsilkan gambar yang terang dan pencahayaan yang cukup bersama perincian yang tajam pada kebanyakan situasi penggambaran harian. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil dengan menggunakan telefon pintar OPPO F7.

Pelekat AR Terbina

Kita dapat lihat yang mana kebanyakkan peranti yang dilancarkan pada tahun ini hadir dengan ciri pelekat AR terbina. Telefon pintar keluaran OPPO ini juga tidak ketinggalan untuk turut menyertakan ciri ini sekaligus menjadikan gambar selfie anda lebih comel.

Antara pelekat yang disediakan termasuklah pelekat berbentuk arnab, kucing, dan banyak lagi. Pelbagai pelekat boleh digunakan bagi menghasilkan gambar yang lebih ceria. Jadi, telefon pintar ini amat sesuai untuk anda yang sukakan selfie.

Rekaan Kerangka dan Pilihan Warna Yang Menarik

Dari segi rekaannya pula, ianya agak memuaskan dimana peranti ini dibina dengan skrin sebesar 6.23 inci Super Full Screen dan belakang perantinya pula merupakan rekaan kaca terbaja (Tempered Glass). Rekaan ini menjadikannya lebih cantik dan selesa dipegang untuk peranti yang direka dengan rekaan kaca terbaja.

Akhir sekali, telefon pintar keluaran OPPO ini juga hadir dengan beberapa pilihan warna yang mungkin dapat memenuhi cita rasa pengguna. Untuk model ini, ia hadir dengan pilihan warna merah Solar, Moonlight Silver iaitu silver dengan kemasan standard, dan pilihan warna hitam dengan kemasan binaan belakang seumpama Diamond.


Kesimpulannya, walaupun telefon pintar OPPO F7 ini merupakan peranti kelas pertengahan, tenyata ia mampu bersaing dengan beberapa peranti yang lain. Peranti ini selain dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P60, ia juga disertakan dengan tiga slot pada telefon pintar iaitu dwi slot untuk SIM dan satu lagi slot untuk mikro SD.

Telefon pintar ini boleh dibeli di Malaysia pada harga RM1399 untuk storan memori 4GB RAM storan 64GB, dan RM 1699 untuk memori 6GB RAM storan 128GB.

Beli: OPPO F7

Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ukaxfk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.