‘Sebagai Penghormatan Kepada Pasukan Penyelamat .’ Gua Tham Luang Bakal Jadi Muzium..
CHIANG RAI: Pasukan penyelamat mula mengemas peralatan mereka, hari ini selepas operasi menyelamat kesemua 12 remaja bersama jurulatih mereka berjaya dilaksanakan dengan jayanya di bawah misi yang pada mulanya dianggap mustahil oleh banyak pihak.
Beberapa anggota dilihat menyimpan pam air industri, jentera berat dan peralatan pembinaan di pintu masuk gua Tham Luang yang menjadi pusat perintah berteknologi tinggi sepanjang tempoh 18 hari sebelum misi itu berakhir, kelmarin.
Operasi menyelamat yang mendapat liputan meluas di seluruh dunia itu telah mencetuskan idea untuk menjadikan lokasi itu sebagai muzium untuk memberi penghormatan kepada pasukan penyelamat yang diangkat sebagai 'hero' kerana bertungkus lumus sepanjang misi terbabit.
Ketua operasi tersebut, Narongsak Osottanakorn berkata lokasi itu akan diubah menjadi sebuah muzium yang mempamerkan pakaian dan peralatan digunakan ketika misi menyelamat penuh dramatik itu.
"Saya percaya ia akan menjadi tumpuan utama di Thailand. Pelancong pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke gua Tham Luang," ujarnya.
Difahamkan, kira-kira 50 anggota penyelamat masih berada di lokasi terbabit dan kerja mereka dijangka selesai pada akhir minggu ini.
"Tiada sesiapa dibenarkan memasuki kawasan gua terbabit walaupun masih terdapat banyak peralatan di dalamnya. Ini kerana paras air dilaporkan telah meningkat sejak misi menyelamat tersebut dilancarkan," kata renjer hutan, Pinitpong Wongma.
Sementara itu, akhbar The Nation memaparkan tajuk 'Kejayaan kerjasama global' pada muka depannya merujuk kepada operasi dramatik itu, semalam manakala Bangkok Post menerbitkan kolaj gambar anggota penyelamat yang terlibat dalam misi tersebut dengan tajuk 'Anda adalah hero'.
Dalam perkembangan berkaitan, produksi filem Pure Flix memaklumkan rancangan untuk menghasilkan filem misi menyelamat tersebut yang diumumkan rakan kongsi syarikat itu, Michael Scott di akaun Twitter miliknya.
Scott yang menetap di Thailand, berada di lokasi pasukan penyelamat di Chiang Rai ketika kesemua remaja itu diselamatkan.
“Kami berharap filem ini mampu memberi inspirasi kepada jutaan manusia di seluruh dunia,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ujYoan
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment