Google Chrome Kini Menggunakan RAM Yang Lebih Banyak Disebabkan Kerentanan Spectre
Google Chrome tidak dinafikan adalah antara pelayar web yang terkenal. Selain daripada mempunyai antaramuka yang mudah difahami pengguna, ia turut mempunyai ciri keselamatan tersendiri. Terkini, disebabkan oleh kerentanan Spectre baru yang ditemui – Google Chrome akan menggunakan RAM yang banyak untuk tujuan sekuriti dan juga kestabilan.
Menurut Google, melalui terbitan di blog sekuriti mereka – ini adalah ciri yang diaktifkan secara asas bermula dalam Google Chrome versi 67. Tambahan lagi, menurut jurutera perisian Google – Charlie Reiss mengatakan dengan penggunaan RAM yang lebih banyak, isolasi laman web akan menyebabkan lagi penggunaan pemproses. Tetapi ia turut meningkatkan prestasi penggunaan. Jumlah penggunaan RAM kini mencecah lebih 10%-13%.
Ini akan menjadikan pengguna Windows, MacOS atau juga Chrome OS dengan RAM yang 4GB mendatangkan masalah. Oleh itu, pihak Google akan terus berusaha bagi mengoptimasi Google Chrome demi prestasi dan sekuriti yang lebih baik.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NQqAKe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment