Apple Menubuhkan Dana Bernilai RM 1.6 Bilion Ke Arah Penggunaan 100% Tenaga Elektrik Lestari Di China
April lalu Apple mengumumkan keseluruhan operasi mereka di seluruh dunia menggunakan 100% sumber tenaga lestari. Ini ialah inisiatif peduli alam sekitar Apple yang kini turut dicontohi oleh Samsung. Mereka menyedari adalah agak sukar mendapatkan sumber tenaga yang benar-benar lestari di China. Oleh itu mereka telah menubuhkan China Clean Energy Fund bagi memastikan usaha pelestarian mereka akan berjaya.
Sebanyak $400 juta (~RM 1.6 bilion) akan dibelanjakan dalam masa empat tahun oleh Apple dan rakan pengilangan mereka di China. Stesen janakuasa solar dan kincir angin yang dibina menggunakan dana ini bakal menjana tenaga lestari berjumlah 1 Gigawatt. Ini adalah cukup untuk membekalkan tenaga untuk 1 juta rumah. Menjelang 2020, 4 Gigawatt tenaga akan dijana dari sumber lestari tetapi ini masih hanya 1/3 daripada keperluan tenaga bagi proses pengilangan produk Apple.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NMiD8L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment