Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Turut Melancarkan GPU Luaran – Hasil Kerjasama Dengan Blackmagic Design - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Turut Melancarkan GPU Luaran – Hasil Kerjasama Dengan Blackmagic Design

Semalam Apple telah mengemaskini siri komputer riba mereka MacBook Pro dengan janaan pemproses yang lebih pantas. Bersama-sama dengan pelancaran MacBook Pro ini, Apple turut melancarkan eGPU baru yang dikuasakan  dengan Radeon Pro 580.

eGPU adalah GPU luaran yang perlu disambung melalui port USB-C Thunderrbolt 3. Untuk GPU luaran yang Apple lancarkan ini, mereka bekerjasama dengan Blackmagic Design. GPU luaran Apple ini, mempunyai vRAM sebanyak 8GB – sekaligus menjadikan MacBook Pro 15-inci 2.8 kali ganda laju dan lapan kali ganda bagi MacBook 13-inci.

GPU luaran Apple ini mempunyai 2x port Thunderbolt 3, 4x USB-A 3.0 dan juga 2x port HDMI. Ia turut menyokong sambungan paparan skrin sehingga 5K resolusi. Dengan GPU luaran ini ia akan memudahkan lagi pengguna untuk membuat kerja-kerja penyuntingan atau juga memudahkan para pembangun untuk membangun perisian atau permainan video realiti maya.

Sayang sekali, GPU luaran ini tidak begitu mudah untuk dinaik taraf. Ia dijual pada harga bermula hanya $699 (~RM2824).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uvW7Ie

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.