Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hero Tham Luang dapat penerbangan percuma seumur hidup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hero Tham Luang dapat penerbangan percuma seumur hidup

Hero Tham Luang dapat penerbangan percuma seumur hidup
Penyelam Britain, Jason Mallinson (baju biru) dan John Volanthen (baju putih) menerima penghargaan dari kerajaan Thailand. - Foto ViralPress

BANGKOK - THAILAND. Dua penyelam Britain yang menjumpai dan terlibat dalam operasi menyelamat 12 ahli pasukan bola sepak 'Wild Boars' dan jurulatih mereka yang terperangkap lebih dua minggu dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, diberi penghormatan oleh pihak berkuasa Thailand.

Jason Mallinson, 50, dan John Volanthen, 47, yang jelas kepenatan, tiba di lapangan terbang Bangkok malam tadi, disambut tepuk sorak orang ramai yang mengucapkan terima kasih atas jasa mereka menyelamatkan mangsa.
"Kami amat lega dapat mengeluarkan mereka semua dengan selamat," kata Mallinson sambil berharap mereka akan lebih berhati-hati di masa depan.



Sekumpulan menteri kerajaan diketuai Menteri Pengankutan, Arkhom Termpittayapaisith, turut hadir bagi menyampaikan sijil penghargaan dan pingat kepada dua penyelam berkenaan.

"Ini sebagai tanda penghargaan kami, Perdana Menteri meminta kami menyampaikannya kepada anda.
''Terima kasih atas usaha anda berdua, ia merupakan misi yang hebat dan kami sangat menghargainya.

"Anda berdua sentiasa dialu-alukan di sini, bila-bila masa, anda mempunyai ramai teman di sini," ujar Arkhom sambil menambah penghargaan tersebut juga termasuk penerbangan percuma seumur hidup ke Thailand buat dua hero Tham Luang berkenaan.

Mallinson dan Volanthen memilih untuk pulang ke Britain walaupun seluruh negara sedang bergembira menyambut kejayaan misi menyelamat yang menarik perhatian seluruh dunia itu.

Mereka turut menolak gelaran hero yang diberikan sambil menegaskan usaha mereka adalah semata-mata untuk membawa keluar mangsa dengan selamat.
"Kami bukan hero, ia merupakan misi yang sukar namun kami berjaya, kami berasa lega ia telah berakhir dan kini masa untuk pulang," ujar Mallinson.

Sementara itu, terdapat sumber mengatakan, kedua-dua penyelam terbabit akan turut diberikan penghargaan di Istana Buckingham. - Dailymail 12 Jul 2018


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KUSpTW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.