Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Parti Saya Hanya Main Sentimen Kaum, Kutip Tabung Untuk Mantan Presiden Dan 'Repeat' Semula. Lupakan Sahaja Impian Menawan Semula Putrajaya.” KJ Kritik Umno ‘Kaw Kaw’.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Parti Saya Hanya Main Sentimen Kaum, Kutip Tabung Untuk Mantan Presiden Dan 'Repeat' Semula. Lupakan Sahaja Impian Menawan Semula Putrajaya.” KJ Kritik Umno ‘Kaw Kaw’..



Keretakan dalam Umno dilihat semakin merekah apabila Khairy Jamaluddin memberikan pilihan tentang haluan yang perlu dipilih oleh parti itu dalam bebenang yang dimuat naik di Twitter pada Khamis.

Khairy yang gagal merebut jawatan presiden parti pada Pemilihan Umno lalu menyuarakan bahawa parti tersebut gagal mendengan suara rakyat walapun kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


"Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk mantan presiden dan 'repeat' (ulang) semula.

"Tak salah kita bersolidariti dengan DSN (Datuk Seri Najib Tun Razak) tetapi tak kan itu sahaja Umno “baharu”.

"Dah kena pukulan maut semasa PRU14, masih pekak terhadap suara rakyat," kata Khairy melalui ciapan di Twitter pada Khamis.



Bebenang yang dimuat naik oleh Khairy ke laman Twitter beliau pada Khamis.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu merujuk kepada kempen derma tabung yang dilancarkan oleh kumpulan “Solidariti Bersama Datuk Najib” pada 5 Julai lalu.

Khairy kemudian menyelar tindakan pemimpin Umno dan mendakwa rakan-rakannya dalam parti tersebut sengaja bermain dengan isu perkauman dalam kalangan orang Melayu susulan pelantikan beberapa jawatan tertinggi di negara ini daripada bukan Islam.

"Jika modal untuk PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) hanya dengan momokan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai AG (Peguam Negara, Ketua Hakim dan lain-lain, lupakan sahaja impian menawan semula Putrajaya.


"Keresahan Melayu memang ada, tetapi perkara ini kecil berbanding isu ekonomi, sosial dan lain-lain," menurut Khairy.

Kata beliau, Umno kini berada di persimpangan sama ada hendak memilih haluan kanan atau tengah.

"Ke kanan mungkin menang sorak sementara. Tetapi pasti lingkup 10 ke 15 tahun lagi.

"Haluan tengah bukan mudah. Sukar difahami akar umbi. Tetapi itulah jalan yang ada untuk 'survive' (bertahan)," ujarnya.

Najib berucap pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn dan Khairy sehari selepas kekalahan Umno pada PRU14. 

Tambah bekas Ketua Pemuda Umno itu lagi, beliau belum meninggalkan parti kerana menganggap Umno sebagai khemah yang besar untuk orang Melayu.

Jelas beliau, nadi asal Umno adalah moderat (kesederhanaan), haluan tengah dan meraikan kepelbagaian.


"Tetapi saya tak setuju dengan manifestasi rasis yang semakin wujud selepas pemilihan parti," tambahnya.

Khairy juga enggan menerima sebarang jawatan selepas kekalahan pada Pemilihan Umno 2018 kerana mahu kebebasan bersuara di dalam parti itu.

"Saya tak lompat ke mana-mana. Saya tetap bersama Umno.

"Cuma saya nak perbetulkan rumah saya agar tidak kekal berwajah haluan kanan yang ekstrim dan rasis selama-lamanya.

"Anda boleh berkata saya bermimpi, tapi bukan saya seorang sahaja begitu," jelas Ahli Parlimen Rembau itu lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uiSzKm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.