Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa salahnya Dr Mahathir dilantik Pengerusi Khazanah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa salahnya Dr Mahathir dilantik Pengerusi Khazanah?

Apa salahnya Dr Mahathir dilantik Pengerusi Khazanah?
Tun Dr Mahathir
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir hari ini mempersoal kritikan sesetengah pihak mengenai pelantikannya sebagai Pengerusi Lembaga Khazanah Nasional Berhad.

“Saya terlibat...sebenarnya saya adalah orang yang memulakan Khazanah dan kini mahu memacu pada landasan yang betul. Apa salahnya dengan saya (dilantik ke jawatan itu)?.

“Bukannya saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, saya tidak akan menerima gaji RM7 juta,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata, pelantikan baharu itu akan membantu Khazanah memberi fokus kepada beberapa isu tertentu.

Antara lain Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dilaporkan berkata perlantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi Khazanah itu dilihat bercanggah dengan tekad Pakatan Harapan sebelum ini yang tidak mahu campur tangah politik dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 30 Julai lalu,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu.

Sebelum ini, sembilan anggota lembaga pengarah Khazanah, termasuk Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Tan Md Nor Md Yusof, meletakkan jawatan untuk membolehkan kerajaan baharu memutuskan kepimpinan baharu syarikat itu


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vdGF4V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.