Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Ialah Syarikat Pertama Bernilai $1Trilion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Ialah Syarikat Pertama Bernilai $1Trilion

Apple semalam mencatatkan sejarah sebagai syarikat pertama yang bernilai $1 trilion (~RM 4.07 trilion). Nilai seunit saham Apple kini bernilai $207.39 selepas pasaran ditutup sekaligus melayakkannya menjadi syarikat pertama yang mempunyai nilai yang amat tinggi ini. Syarikat yang paling hampir mengejar Apple sekarang ialah Amazon yang mempunyai nilai hanya $873.52 bilion.

Peningkatan nilai Apple ini berlaku selepas syarikat yang diasaskan oleh Steve Jobs ini mengumumkan keuntungan yang tinggi pada suku kedua 2018. Lebih 41 juta iPhone, 11 juta iPad dan 3 juta Mac dilaporkan terjual. Saham Apple kali pertama ditawarkan pada 12 Disember 1980 pada harga $22 seunit.

Sekiranya anda melaburkan $1012 pada Apple tiga puluh lapan tahun yang lalu, unit saham yang anda miliki sekarang bernilai $534,236 selepas mengambil kira pecahan saham. Ini bersamaan dengan pulangan 527 kali ganda.Sekiranya anda mempunyai akses kepada mesin masa, ini mungkin pelaburan yang boleh anda lakukan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2O8Mdop

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.