Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Saya Mahu Merasai Bayi Membesar Dalam Rahim." Wanita Ini Akhirnya Mengandung Dan Menjadi Seorang Ibu Pada Usia 58 Tahun Dengan Menggunakan Teknik IVF.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Saya Mahu Merasai Bayi Membesar Dalam Rahim." Wanita Ini Akhirnya Mengandung Dan Menjadi Seorang Ibu Pada Usia 58 Tahun Dengan Menggunakan Teknik IVF..


SEORANG wanita Britain selamat melahirkan anak pertamanya pada usia 58 tahun yang dikandungnya melalui kaedah rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF) di luar negara.

Carolyne Ness terpaksa mendapatkan rawatan IVF di India dengan membayar sebanyak 4,500 pound sterling (RM23,979) selepas NHS dan klinik swasta enggan menerimanya kerana faktor usia.


Wanita tersebut sudah berkahwin pada usia 30 tahun tetapi gagal hamil secara normal.

Ketika memasuki usia 40 tahun, dia menerima berita sedih apabila doktor mengesahkan dia mengalami masalah kesuburan.

“Perkahwinan saya tidak bertahan lama kerana masalah ini. Saya kembali solo dan tidak mempunyai anak,” kata Caroline.


Dia mula keluar temu janji dengan seseorang yang mungkin mahukan anak bersamanya tetapi tidak bernasib baik.

Carolyne kemudian berpindah ke Australia untuk memulakan kehidupan baharu dan bekerja sebagai penyambut tetamu di Sydney.

Namun ketika berusia 50 tahun, dia masih belum bergelar ibu.

Dia mahu mengambil anak angkat di Australia tetapi proses terlalu lama.


“Saya mahu hamil. Saya mahu merasai bayi saya membesar di dalam rahim,” katanya.

Selepas rakan mencadangkan dia supaya menjalani rawatan IVF, Carolyne mendapati hanya Cyprus dan India yang menerima pesakit pada usianya.

Image result for Carolyne Ness

Seorang doktor mengesahkan rahimnya sihat tetapi rakannya tidak yakin dengan keputusan Carolyne untuk menjalani rawatan tersebut.


Carolyne menggunakan wang simpanan untuk menjalani rawatan tersebut termasuk kos penerbangan dan tempat tinggal berjumlah 1,000 pound sterling (RM5,329) ketika berlepas ke New Delhi pada Mac 2017.

Image result for Carolyne Ness

“Penderma sperma merupakan warga Amerika Syarikat (AS) dengan ketinggian 6 kaki dan bekerja dalam bidang IT.


“Lelaki itu juga berambut perang. Matanya pula berwarna coklat,” kata Carolyne.

Dua minggu kemudian di Australia, ujian darah mendapati Carolyne telah hamil.

Pada 6 November 2017, dia selamat melahirkan anak lelakinya yang diberi nama Javed.





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vwh0nq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.