"I Did It." Sempat Muat Naik Gambar Di Facebook Sebelum Maut Dalam Bencana Gempa Bumi Di Lombok..
Hanya beberapa jam sebelum meninggal dunia dalam bencana gempa bumi di Lombok, rakyat Malaysia, Siti Nur Iesmawida Ismail berjaya menawan Gunung Rinjani, di pulau berkenaan lapor mStar Online.
Wanita berusia 30 tahun dari Melaka itu sempat merakam foto kenangan di puncak gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia itu dengan kapsyen "I DID IT!!"
Posting yang dimuat naik oleh Siti di laman Facebook miliknya.
Gempa berukuran 6.4 magnitud itu turut mencederakan enam lagi rakyat Malaysia.
Ahli perniagaan, Khairul Azim berkata, walaupun tidak mengenali mangsa secara peribadi, dia bertemu dengan kumpulan itu sewaktu sedang mendaki Gunung Rinjani.
Khairul, 32, menyifatkan dirinya sangat bernasib baik kerana dia berada tidak jauh dari lokasi Siti meninggal dunia akibat dihempap tembok runtuhan homestay yang didiaminya bersama kumpulan pendaki lain.
"Saya rasa kami bernasib baik sebab tinggal dalam khemah. Lokasi kami hanya beberapa kilometer sahaja dari lokasi Siti dan kumpulannya," ujarnya.
Kumpulan Khairul kini berada di timur Lombok dan sedang berehat sebelum memulakan perjalanan keluar dari kawasan itu.
"Kami masih lagi boleh merasa gegaran di Sembalun. Banyak jalan masih ditutup," tambahnya lagi.
Sementara itu, kira-kira 30 rakyat Malaysia masih lagi terperangkap di kaki gunung.
Salah seorang daripada mangsa, Nursakinah Hasman menerusi laman Facebook memberitahu kumpulannya memerlukan bantuan helikopter untuk dibawa keluar.
"Jalan di sini rosak teruk. Kami perlu menempuhi perjalanan tiga jam untuk ke lapangan terbang terdekat.
"Gegaran semakin kerap dirasai dan rangkaian internet 3G semakin perlahan. Tolong selamatkan kami cepat," ujarnya.
Seorang lagi mangsa, Suriyanita Sidek memuat naik video dirinya dan rakyat Malaysia yang lain di sebuah tapak perkhemahan sementara di Kampun Senaru.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mayat mangsa akan dibawa pulang ke negara ini secepat mungkin.
Kedutaan Malaysia di Indonesia juga telah mengaktifkan bilik operasi dan rakyat negara ini yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian +62 2152 24947 atau WhatsApp +62 813 8081 atau e-mel mwjakarta@kln.gov.my dan consular@gmail.com.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LMMcd9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment