Hi! Welcome Back and Stay Tune! Personaliti TV Datuk Mahadzir Lokman Meninggal Dunia .. Al Fatihah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Personaliti TV Datuk Mahadzir Lokman Meninggal Dunia .. Al Fatihah


Personaliti terkemuka tanah air, Mahadzir Lokman meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi.


Beliau yang berumur 61 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 6 pagi selepas menunaikan solat Subuh.

Memetik laporan daripada akhbar Mstar, berita kematian itu disahkan oleh adiknya, Ida Lokman.
Allahyarham dikatakan mempunyai urusan kerja di Kota Kinabalu. Pihak keluarga masih belum dapat mengesahkan punca kematian beliau.


Sebelum ini Mahadzir pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi Pusat Perubatan Universiti Malaya selama lima hari kerana mengalami masalah kompliasi buah pinggang, paru-paru, tekanan darah tinggi serta diabetes.


Allahyarham memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.
Beliau juga dikenang sebagai hos rancangan hiburan dan bual bicara seperti Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini dan Melodi terbitan TV3.

Mahadzir sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.
Beliau turut pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.
Selepas meninggalkan kerjayanya dalam bidang penyiaran, Allahyarham membuka syarikat perhubungan awam dikenali sebagai Dale Lokman Comunications dan menjadi juruacara sambilan sehingga hayatnya. Al Fatihah.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vyD68z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.