Hi! Welcome Back and Stay Tune! Blackberry Evolve Dan Evolve X Dilancarkan – Hadir Dengan Bateri 4000mAh, Skrin Sentuh Penuh Dan Sokongan Pengecasan Nirwayar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Blackberry Evolve Dan Evolve X Dilancarkan – Hadir Dengan Bateri 4000mAh, Skrin Sentuh Penuh Dan Sokongan Pengecasan Nirwayar

Akhirnya, setelah sekian lama menanti – peranti terbaru BlackBerry dalam siri Evolve dilancarkan. Evolve dan Evolve X adalah dua peranti kelas pertengahan dengan skrin sentuh penuh tanpa sebarang papan kekunci fizikal seperti BlackBerry Key2.

BlackBerry Evolve X dijana dengan Snapdragon 660, memori 6GB RAM, 64GB storan, kamera utama dwi-lensa 12+13 Megapixel lensa RGB dan telefoto dan kamera swafoto 16-Megapixel.

BlackBerry Evolve pula, dijana dengan Snapdragon 450, memori 4GB RAM, 64GB storan, kamera utama dwi-lensa 13+13 Megapixel lensa RGB dan monokrom serta kamera swafoto 16-Megapixel.

Kedua-dua peranti BlackBerry siri Evolve ini menggunakan panel skrin yang sama iaitu, 5.99-inci FHD+ LTPS LCD dengan perlindungan Gorilla Glass 5. Bateri pula adalah 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas QC3.0 melalui port USB-C. Lebih menarik, kedua-dua model ini menyokong pengecasan nirwayar.

Seperti peranti BlackBerry lain, kedua-dua Evolve ini menjalankan Android 8.1 Oreo dengan sistem sekuriti DTEK. Selain daripada pengimbas cap jari yang berada di belakang – ia turut menyokong nyahkunci berasaskan wajah melalui kamera swafoto.

Lebih mengejutkan, kedua-dua siri Evolve ini ditawarkan pada harga premium – Evolve X pada ₹34,990 (~RM2072) dan Evolve pada ₹24,990 (~RM1484).

Di sebabkan BlackBerry siri Evolve ini dilancarkan oleh Optiemus – iaitu syarikat telekomunikasi di India, buat masa ini peranti ini adalah eksklusif untuk pasaran di sana dan belum ada maklumat jika ia akan dilancarkan secara global.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vvFhtH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.