Hi! Welcome Back and Stay Tune! Biadap! Remaja 'Posing' Bergambar Selepas Buli Baling Telur, Tepung Pada Wanita OKU.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Biadap! Remaja 'Posing' Bergambar Selepas Buli Baling Telur, Tepung Pada Wanita OKU..


EMPAT remaja ditahan selepas membaling telur dan tepung kepada seorang wanita kurang upaya dan kemudian bergambar di belakangnya.

Dalam gambar 'kejam' itu, kumpulan remaja lelaki berkenaan dilihat 'berposing' di belakang wanita itu yang sedang duduk di bangku taman dengan badannya diselaputi tepung.

Dia nampak seolah-olah terlalu takut untuk bergerak, apatah lagi melawan.


Serangan itu berlaku di Bury St Edmunds, Suffolk, England pada Jumaat, kira-kira jam 5.30 petang.

Polis berkata dua lelaki berusia 17 tahun dan dua lelaki berusia 15 tahun telah ditangkap berkaitan kejadian itu, tetapi telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Image result for Teenagers pose for picture after throwing eggs and flour on disabled

Identiti jurugambar, dan sama ada mereka turut terlibat dalam serangan itu belum diketahui, The Sun melaporkan.

Polis berkata mangsa, seorang wanita berumur 40-an, dibaling telur dan tepung selepas pertengkaran lisan dengan kumpulan remaja terbabit.

Menurut penduduk tempatan, remaja dalam gambar itu adalah sebahagian daripada ahli kumpulan yang lebih besar, yang telah mengganas di beberapa bahagian bandar itu selama berminggu-minggu.


Wanita itu sangat tertekan tetapi tidak mengalami kecederaan fizikal, menurut polis.

Inspektor Anthony Bridgland berkata tingkah laku seperti ini sama sekali tidak boleh diterima dan pihaknya memandang kes ini sebagai serius.

"Kami tahu insiden ini mungkin menimbul kebimbangan dan kemarahan dalam komuniti setempat dan dalam talian, tetapi kami ingin menegaskan bahawa kami menangani perkara itu dengan tegas dan menyokong mangsa," katanya.


Seorang rakan mangsa, Katherine Brame menulis di Facebook selepas insiden itu.

"Saya perlu bersuara. Insiden hari ini telah membuatkan saya sedih dan kecewa. Wanita berkenaan memerlukan privasi dan menderita dengan penyakit yang tidak dapat dilihat.

"Dia tidak dapat menahan orang yang datang kepadanya. Ia rumit, tetapi jika anda ingin membantu, apa kata anda mendermakan kepada badan amal kesihatan mental kerana mereka yang mempunyai penyakit jenis ini tidak dapat disedari sepanjang masa dan mereka benar-benar tidak dibiayai," katanya.

Image result for Teenagers pose for picture after throwing eggs and flour on disabled

Kejadian itu mendapat perhatian di media sosial selepas Robin Armstrong memuat naik gambar tersebut, bersama video dirinya yang mahu 'memimpin jalan' menjejaki pesalah.

Seorang penduduk di kawasan itu, Andrew Willsher, 46, berkata kumpulan remaja itu sering berkumpul dan berteduh di sekitar taman dan kedai.

"Hakikatnya mereka tak ada apa-apa nak buat jadi mereka menimbulkan masalah.

"Terdapat beberapa remaja lelaki yang sering berkumpul di taman di belakang ini dan orang ramai mengelakkan diri daripada mereka kerana mereka tahu ia akan membawa kepada masalah," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vx1Tds

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.