Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) “Amar Selalu Mengadu Kawan-Kawan Selalu Ejek Mata Dia.” Anak Aliff Syukri Selamat Jalani Pembedahan Mata.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) “Amar Selalu Mengadu Kawan-Kawan Selalu Ejek Mata Dia.” Anak Aliff Syukri Selamat Jalani Pembedahan Mata..



ANAK sulung kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan selamat menjalani pembedahan ke atas matanya yang juling lapor Astro Awani.

Menurut Aliff Syukri, pembedahan itu dilakukan selepas anaknya mengadu sering diejek oleh rakan-rakannya kerana kecacatan di mata anak lelakinya itu.


"Dia (Ammar) selalu mengadu kawan-kawan selalu ejek mata dia. Insya Allah lepas ni dah tak ada orang ejek lagi ya... setelah 6 bulan menjalani rawatan hari ini (29 Julai 2018) Ammar akan menjalani pembedahan mata supaya matanya normal," tulisnya di Instagram (IG).

Menerusi entri yang sama di IG, Aliff memberitahu mengapa dia jarang memperkenalkan anaknya itu di laman sosial.

Aliff berkata anaknya itu seorang pemalu namun seorang yang bijak di sekolah.


"Ramai orang tanya kenapa saya jarang post di ig atau fb mengenai anak sulung saya? sebab Ammar anak sulong saya ni ada masalah pemalu dan susah nak berdepan dengan orang ramai, camera padahal dia bijak disekolah antara pelajar cemerlang dan boleh menghafal banyak surah di alquran..even saya rasa di lebih bijak dari saya.. tapi sebab sifat pemalu ya saya suruh dia baca surah sampai menangis-menangis dia buat saya geram... saya nak anak saya jadi yang terbaik dan yakin dengan orang ramai..mungkin dia malu sbb matanya juling air," tulisnya lagi.




Mengenai perkembangan terkini, anaknya itu sudah selamat menjalani pembedahan mata dan kini dalam proses untuk pulih seperti biasa.

Foto: IG Aliff Syukri


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vBNv3I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.